Saturday 21 March 2009

Pesan Ibu Buat Anak-anak

Photobucket




Anakkku..
Tahukah kau betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu,
biarpun tempoh menanti jerit tangisan pertamamu bergelut dengan kudrat dan nyawa,
namun ibu bangga kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat yang sekian lama dinanti..


Anakku..
terasa baru semalam ibu mendodoimu,meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin kau berlari-lari anak,belajar bercakap,merengek minta dibelai,
disuap nasi kemulut,hingga ibu lupa rupanya anak ibu dah besar panjang pun..
pejam celik..pejam celik dah tiba masanya kita berpisah buat seketika dan ingatlah anakku sayang,pergimu bukan bererti engkau lepas bebas,tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan menunaikan impian semua..


Ingat Anakku..
kita bukan orang senang,ibu tak ada harta untuk ditinggalkan kecuali ilmu yang kau ada,ibu dah bekalkan kau dengan agama,amalkanlah setiap masa,
buatlah apa yang disuruh tinggalkan apa yang ditegah..

pesan ibu..
jangan kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan..
jangan ikut keretah rakan-rakan,gunakanlah peluang ini kerana ia datang hanya sekali, dan ketika ia kembali,ibu dapat bayangkan betapa bahagianya hidup ini,betapa ringannya bebanan bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah,
dan pasti ketika itu kita dah tak tinggal lagi dirumah usang,biarpun masanya masih panjang lagi,tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi satu kenyataan,biarpun ibu disini masih bermain lumpur,bermandikan getah untuk menyaramu tapi ibu berharap sangat..

janganlah siakan keringat ibumu yang mengharap.....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers