Thursday 31 December 2009

FACEBOOK = MUKABUKU

Photobucket


Masa menjadi semakin singkat,tak pernah lagi dengar masa semakin bertambah.kalau bertambah nescaya,umat manusia zaman dahulu kala tak mati-mati,hari berganti hari,pejam celik dah tinggal 16 hari lagi..sudah kah kita bersedia apabila bergelar sebagai Thalibul ilmi menjalankan tugas2 dia sebagai seorang pelajar,dah siap sedia kah dia untuk menghadapi rintangan dan halangan dalam perjungannya nanti.?

Dunia sekarang dah tak macam dulu,teringat akan tazkirah oleh seorang sahabat,"dalam dunia ni apa saje yg tuhan ciptakan pasti ade bnyk hikmah dn kegunaan nya,tp bila manusia yg mencipta pasti ada kelebihan dan kebrukan nya". Dalam era kemajuan yang ada sekarang ni,tentu sahabat2 bole fikir apa keburukan yang kita nampak.banyak atau sedikit..?


sumber : Surat Khabar Tempatan(Malaysia)tak kan Egypt plak..


COLUMBUS - pakar-pakar di Amerika Syarikat(AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web FACEBOOK didapati bertambah teruk dalam peperiksaan,lapor sebuah akhbar semalam.
Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna FACEBOOK yang kerap meluaskan bilangan kenalan,menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak.
"Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari FACEBOOK kurang mengulang kaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Chio,AS.
Menurutnya terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari FACEBOOK.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulangkaji dan masa yang diluangkan untuk melayari FACEBOOK. -AGENSI.

pokok pangkalnya sahabat2,daripada kita sendiri, jangan kita salah gunakan kemudahan yang ada,inilah hakikat duniawi..

“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.”~Ibnu Mas'ud..

Buat jiwa-jiwa yang berjuang..tetaplah melangkah demi menuju jalanNya...tetaplah menyusuri demi menggapai rahmatNya...tetaplah meredah demi meraih redhaNya...duhai jiwa, usah gentar untuk berjuang!! Ayuh kembara bersama!! moga terus thabat hingga sampai syurgaNya..salam imtihan..

Sunday 27 December 2009

Apa yg aku vote sebenarnya..??

Photobucket




ABADI 2010

ramai dah org duk vote kulit buku abadi, arini aku nk post pasal kempen aku pulak..nk pilih yg mana jd pilihan..

from admin :Anda dibnarkn utk brkmpen bg memastikan kulit ABADI DPMZ pilhan anda menang.....

mula-mula bertengkaq gek ngn ust hanip die nk yg biru laut..aku nk ijau..he3~
saje je pilih ijau..sbb tak nk same ngn die..padahal dlm hati..mmng nk biru laut pun..ha3~
tp time tu biru laut still kalah lg..ktggln bnyk jgk la..msti sedey hanip kene tggl kan??..
hii...xtakpe2 hero kalah dulu..hu3 skarang ni tggl brapa hari je lg pemilihan nk dttup..jd nye kputusan yg br kuar arini..aku tgk lbh berpihak kpd biru laut..yess..apsal aku ckp yes..sbnrnye..aku pon pilih biru laut..kikikiki
saje awal2 promote ijau..he3~...jdnye ade lg, hari2 yg berbaki ni..nk ajak ler sahabat2 same2 mngundi biru laut..kot2 la ade org mlysia yg terbaca post ni..bole je nk ngundi kn utk kami skali..post laju maknenye tuh..hahaii...undi la yer..jgn x undi..undi di blog laman rasmi dpmz www.dpmz.blogspot.com slamat mngundi


VOTE yg ni yerr....

Saturday 26 December 2009

HARI ASYURA

Photobucket



Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

- Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

- Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

- Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

- Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

- Allah menjadikan Siti Hawa.

- Allah menjadikan Syurga.

- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

- Taubat Nabi Adam diterima Allah.

- Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

- Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

- Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

- Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

- Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

- Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.


Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

- Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.

- Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

- Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.

- Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.

- Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.

- Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.

- Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.

- Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.

- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.

- Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.

- Sunat menginai dan mengerat kuku.

- Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.

- Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.

- Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.

- Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )


sama2 lah kita berpuasa pd esok hari..insyaAllah akan dibalas dgn balasan yg setimpalnya..
ikhlaskan niat..wassalam...

Friday 25 December 2009

BERORGANISASI DALAM ISLAM.

Photobucket




Assalamualaikum w.b.t.

Diam tak diam cuma tinggal lagi 3 minggu sahaja kita nak memasuki fatrah imtihan, cuak pula rasanya. tp hari nie terlintas nak tulis pasal satu topik yang aku rasa bagus utk setiap umat islam mengetahuinya dalam melakukan gerakan kerja islam sama ada pada diri aku sendiri atau persekitaran . Tajuknya adalah KEPENTINGAN BERORGANISASI DALAM TUNTUTAN ISLAM.

Jika merujuk organisasi dapat ditakrifkan dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang dan dari segi syara' ialah satu kumpulan yang bergerak berdakwah.jika dirujuk surah as-saff ayat 4 iaitu

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Ini sudah membuktikan bahawa islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara dan cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.

Sesetengah orang berfikiran jika ukhuwwah yang kuat lebih senang mengerakkan sesuatu kerja berbanding berorganisasi dan ingatlah itu adalah kata-kata yang kadang kala memakan diri umat islam sendiri apabila nilai organisasi dipertikaikan dan diketepikan, surah as-saff merupakan satu bukti yang kukuh dimana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah dalam melakukan sesuatu kerja demi kebaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan surah al fatihah ayat 6 "tunjukilah kami jalan yang lurus". Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu dibawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi. Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini. Adakah objektif, misi dan visi yang diwawarkan dapat diperjelaskan . Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:

Kenapa ISLAM menuntut berorganisasi?
1.kerana kita tidak boleh membuat kerja seorang diri.jika berfikiran logik mampukah anda bergerak seorang diri dalam melakukan kerja-kerja islam.
2.untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan itu maka banyaklah pendapat yang kita dapat jika dalam satu syura.
3.supaya organisasi menjadi lebih tersusun dan sedikit sebanyak menarik minat masyarakat luar dalam memperjuangkan organisasi islam. pesanan ingatlah amar makruf nahi mungkar bukan kerja mudah, jadi bersatu itu penting dalam mencapai objektif yang dicari "Sabda Rasulullah :

" BARANG SIAPA YANG MATI DALAM KEADAAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA JEMAAH KAUM MUSLIMIN,MAKA BERERTI IA MATI SEBAGAI MATI JAHILIYYAH'' dan

Sabda Rasulullah lagi :

'' HENDAKLAH KAMU BERADA DALAM JAMAAH KERANA SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU RAHMAT,SEDANG PRPECAHAN ITU ADALAH AZAB".

CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM?
1.mempunyai matlamat yang jelas.
2.sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan cegah mungkar
3.perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4.bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5.kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata-kata IMAM SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6.tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batas haruslah dijaga jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.

Kenapa organisasi islam kini semakin hari semakin mundur :
1.adanya sikap " tak pew lah ko kan ada, aku sapa la nak buat kerja-kerja macam tu". sikap macam nie lah menyebabkan kenapa organisasi islam dipandang remeh.
2.kurangnya generasi muda @ pelapis untuk memperjuangakan gerakan islam
3.menyerahkan tanggungjawap kepada orang lain dan anggap dakwah islammiyah hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja.
4.kehidupan masyarakat yang semakin melalaikan.
5.takut untuk pikul tanggungjawap. INGATLAH ALLAH CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENTADBIR MUKA BUMI KEARAH KEBENARAN. MERUJUK suruh al-baqarah ayat 30 "
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

p/s : aku berharap dengan post pada kali ini memberi satu semangat baru dalam diri aku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Sesungguhnya sebelum aku menyertai satu program nie aku sangat takut dalam memikul tanggungjawap untuk mengerakan diri kejalan ALLAH. dan pernah sekali sewaktu perjalanan program aku terkelu dan hampir hendak menitiskan air mata apabila rakan-rakan ingin melantik aku menjadi ketua bagi aku menolak dengan alasan aku tak mampu nak pikul tanggungjawap sebagi ketua. Entah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan macam tu dan sewaktu diajukan soalan oleh seorang hamba ALLAH nie aku rasa seolah-olah lidah aku diikat untuk berkata-kata walupaun sebelum ini aku serorang yang petah bercakap.Waktu itu hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan gemuruh yang aku alami sampai soalan yang aku boleh jawap insyaALLAH TAPI tidak dapat dijawap. Mungkin itu satu pertunjuk bahawa kadang kala aku sendiri tersungkur dengan perasaan aku sendiri dan sikap aku sendiri yang tak berani nak pikul tanggungjawap. Alhamdullilah sewaktu program berlangsung ada seorang abang senior nie telah memberikan satu semangat kepada aku apabila aku menanyakan kepada beliau " Ust bagaiman nak hilangkan sikap sukar untuk pikul tanggungjawap terutama tanggungjawap dalam tanggungjawap bidang dakwah". jawapan yang ringkas dengan maksud yang mendalam adalah " cuba enta fikir satu ja kalu enta tak buat sapa lagi nak wat". Alhamdullilah dengan kata-kata itu sedikit sebanyak mengubah kotak pikiran aku bahawa jangan takut untuk pikul tnggungjawap dan buat yang terbaik jika tidak berkemampuan mohonlah pertologan ALLAH supaya dipermudahkan dan itulah salah satu kepentingan berkerja dalam organisasi Islam iaitu membantu saudaranya tatkala saudaranya hadapi masalah. insyaALLAH aku akan cuba buat perubahan pada diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba memikul tanggungjawap semampu yang boleh amin,Wassalam..

Friday 18 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Photobucket





Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun.. a refresher as usual :)

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday 7 December 2009

Raye kOrbAN..

Photobucket

Alhamdulillah Hari Raya Eidul Adha pada tahun ni,Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) dan seluruh ahli bekerjasama untuk menumbangkan unta sebanyak 2 ekor.seramai 14 orang IKhwah dan Akhwat telah mengambil bahagian korban.















Monday 12 October 2009

Tawassul

Photobucket


TANTA-ISKANDARIAH, Khamis, 8 Oktober 2009 :Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan Jaulah Ke Makam Auliya` (Wali Allah).aku mengambil satu inisiatif untuk turut bersama-sama dalam jaulah tersebut dengan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada aku mengenai kepentingan mencari keredhaan Allah di muka bumi ini, memberi keinsafan melalui kisah keramat para wali Allah serta mempelajari sejarah kebudayaan tamadun Mesir yang agung.

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca kemungkaran.

Penjelasan
Menziarahi kubur menurut kaifiat yang diterima daripada Rasulullah (s.a.w) dengan tidak melakukan bidaah adalah disyariatkan dalam Islam.Menziarahi perkuburan yang diluluskan dari segi syariat ialah dengan tujuan mengambil iktibar dan pengajaran. Seorang muslim yang menziarahi perkuburan haruslah membayangkan dalam benaknya bahawa akhir hayatnya akan sama dengan akhir hayat mereka yang sedang terbaring dalam pusara, biar sepanjang manapun umurnya beliau akan meninggalkan dunia. Bila beliau sampai di perkuburan beliau hendaklah memberi salam dan mendoakan ahli kubur dengan salam dan doa yang pernah diterima dari Rasulullah (s.a.w). Sebahagian salam dan doa tersebut ialah:

السلا م علسكم دارقوم مؤ منين انتم تاسا بقون وإناإن شاءالله لاحقون
ويرحمالله للستقدمين منكم ولمستاخوين،أنتم لنا فرطونحن لكم تبع
نسألالله لنا ولكم العافيه والمغفرة اللهم لاتحر منااجرهم ولاتفتنابعدهم
واغفرلناولهم
“Sejahteralah atas kamu, perkampungan orang-orang mukmin, kamu telah mendahului kami dan kami insyaAllah akan menemui kamu. Allah memberi rahmat kepada kamu yang terdahulu dan kami yang kemudian, kamu untuk kami dan kami akan mengikut kamu. Kami berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keampunan kepada kamu dan kami juga. Ya Allah, janganlah halang kami dari ganjaran mereka dan janganlah fitnah kami sesudah mereka, ampunkanlah kami dan mereka”.

Dengan ini jelaslah bahawa menziarahi perkuburan adalah semata-mata bertujuan untuk mengambil iktibar dan pengajaran serta mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.Selain dari itu musafir untuk menziarahi kubur-kubur yang tertentu tidak pernah diriwayatkan dalam hadith Rasulullah (s.a.w) malah diriwayatkan sebaliknya hadith yang melarang melakukan musafir dengan tujuan tersebut. OIeh yang demikian seorang muslim haruslah memadai dengan hanya menziarahi perkuburan yang ada di negerinya atau di tempat tinggalnya. Bidaah yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini ialah seperti meminta pertolongan kepada tuan yang empunya kubur dan perkara-perkara lain yang telah disebutkan oleh Mursyid. Kesemuanya adalah bidaah dan wajib diperangi. Kita jangan sekali-kali dikotori oleh bidaah-bidaah ini dan kita tidak harus merelainya walau dengan apa bentuk alasan dan penafsiran sekalipun.


Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Penjelasan
Berdoa dan meminta sesuatu selain Allah tidak harus sama sekali dalam syariat Islam; seperti berdoa dan meminta kepada wali-wali tertentu. Umpamanya: beliau mengatakan; “Wahai wali ‘pulan’ sembuhkanlah penyakitku” atau lan-lain lagi. Berdoa kepada Allah secara bertawassul (perantaraan) melalui makhlok Allah, umpamanya beliau mengatakan “Ya Allah aku bertawassul kepadaMu melalui sipulan agar engkau menyembuhkan penyakitku” atau dengan katanya “Ya Allah sembuhkan penyakitku dengan kemuliaan sipulan”. Doa-doa yang seperti ini telah menjadi perselisihan pendapat di kalangan ulamak sebagaimana yang telah dikatakan oleh Mursyid. Kita berpendapat doa-doa yang seperti ini adalah ditegah, kerana tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah bertawassul dengan makhluk Allah dalam doanya. Doa yang seperti ini juga tidak pernah diriwayatkan daripada para sahabat. Yang paling baik ialah mengikut Rasulullah dan para sahabatnya,bukan melakukan bidaah.

Monday 21 September 2009

Salam Ei`dulfitri

Photobucket

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu, TaNgaN TaK BeRJaBaT, UcaP TaK TeRDeNgaR, MaTA TaK BeRTeNTaNG... MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN = KeRaNA aDa TiKaNyA MaTa SiLaP MeMaNdANg, TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR, LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI TeRsaLaH MeNDuGa. SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..



Photobucket


Pantun Raya

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur. ..


Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja

salam aidlfitri.....

Wednesday 19 August 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Photobucket









Assalaamu'alaikum wr.wb.. Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah, Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan. Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang warkah ini. Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin.... Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadhan Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.

Sepahit Madu

Photobucket




Isteri Beruntung di Madukan



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak
bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan
suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang
perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi
lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi
rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah
dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup
melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik
Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya
apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih
hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya
terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang
diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah
yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang
membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di
hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama
yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang
menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi
hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun,
hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah
nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan
Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah
membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti
lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke
hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya
sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri
semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak
dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia
menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia
menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri
dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri
sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri
perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti
membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya
adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia
meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat
terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah
ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan
silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang
tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun
kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah
yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak
kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa
dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya
disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu
mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa
Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini
sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja
dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi
pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta
sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"
luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit
ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam
gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana
usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri
pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri
aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang
beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu
menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah
jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN

ALLAH ADALAH TUJU HIDUP MANUSIA...

Monday 10 August 2009

Rukun Baiah : Agenda tarbiyyah islamiyyah

Photobucket


Oleh :Hj.Nasrudin Bin Hj Hassan At Tantawi


أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها :

الفهم و الإخلاص و العمل و الجهاد و التضحية و الطاعة و الثبات و التجرد و الأخوة و الثقة

MUQADDIMAH

Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini ( 2009 ) adalah tahun yang menggenapkan usia 61 thn. Kesyahidan beliau . Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.

Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

Saudaraku yang dihormati sekeliian :
Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu reality yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Surah Al Anfaal . Ayat : 60

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka .
Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق

Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah .
PENTINGNYA - ARKANUL BAIAH .
Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat-tentangan2 yang memaksa dan mendesak .
Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah .
Kejituan intima’ dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya.
Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ

عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya :
Bahawasanya orang - orang yang memberi baiah kepada mu , sesungguhnya mereka memberi baiah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barang siapa yang melanggar baiahnya nescaya (disebabkan pelanggaran itu ) akibatnya akan menimpa diri sendiri . Dan sesiapa yang menepati baiahnya kepada Allah , maka Allah akan memberikannya pahala yang besar. (S48:10)

Saudara ku yang dihormati sekelian .
Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir .
Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah .
Saudara ku yang dihormati sekelian .

10 RUKUN BAI’AH

Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .




Pertama : FAHAM الفهم

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين متفق عليه

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya
Ia diberi faham tentang agama .

تفقهوا قبل أن ُتسَودوا

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .
Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.





Kedua : IKHLAS الإخلاص

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al Ana’am . Ayat : 162 - 163






Ketiga : AMAL العمل

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Surah At Taubah . Ayat : 105





InsyaAllah klw diberi kesempatan kita smbung lg.......

Tuesday 21 July 2009

Jatuh Cinta

Photobucket









Salam...

Renungan buat semua,
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. "Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. "Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. "Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . " "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


-biarkan hati berbicara menyapa kerinduan padaNYA..mencari mutiara di dasar hati..kan bisakah bertemu?-

Sunday 28 June 2009

Di Mana kan ku Cari Ganti

Photobucket


Dengar je tajuk ni sume tau lagu sape en...
sah-sah la lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramli..
tp aku minat cara pengubahan sikit lirik dn pembawakan dn tujuan lagu ni..yg di perdengarkan semula oleh ahli-ahli nasyid tanah air kita...
asal nye aku dngr kt imeem jek..by Liza Hanim..sape ntah beliau aku pun tak kenal.. tp bile try cari kat 4shared,jmp yg ni..
maybe pasni tuka minat plak ar kot..dr yg lame ..minat yg ni .he3~

kite dgr2 same2 la yer....





Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
Tiada berteman di dalam sepi

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku menambah derita
Rindukan dikau dlm ingatan

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kita berjumpa
Disaat gembira, selama-lamanya








Pada suatu hari Rasulullah SAW menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi ikhwan Rasulullah SAW ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.

Friday 26 June 2009

Hakikat Keterikatan Hati

Photobucket







Kali ini saya paste tulisan Ustaz Wan Ahmad... sangat best...moga sama2 kita manfaatkan, inshaAllah...

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekelian,




"Ruh-ruh itu adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari) ". (HR. Muslim)





Inilah karakter ruh dan jiwa manusia, ia adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, kesatuannya adalah kunci kekuatan, sedang perselisihannya adalah sumber bencana dan kelemahan.

Jiwa adalah tentera Allah yang sangat setia, ia hanya akan dapat diikat dengan kemuliaan Yang Menciptakanya, . Allah swt berfirman yang ertinya:
"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS Al Anfaal:63)
Tiada satupun ikatan yang paling kukuh untuk mempertemukannya selain ikatan akidah dan keimanan. Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:"Yang saya maksud dengan ukhuwwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran". (Risalah Ta'lim)

Oleh sebab itu :

a. Hanya dengan kasih mengasihi kerana Allah, hati akan bertemu
b. Hanya dengan membangun jalan ketaatan, hati akan menyatu
c. Hanya dengan meniti di jalan dakwah, ia akan berpadu
d. Hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah, ia akan saling erat bersatu.

Maka siramilah Taman Persaudaraan ini dengan sumber mata air kehidupan sebagai berikut:

1. Sirami dengan mata air Cinta dan Kasih sayang

Kasih sayang adalah fitrah dalaman dalam jiwa setiap manusia, siapapun memilikinya sungguh memiliki segenap kebaikan dan siapapun yang kehilangannya sungguh akan ditimpa kerugian. Ia akan menghiasi kepada sesiapa yang mengenakannya dan ia mencelakakan kepada sesiapa yang menanggalkannya. Demikianlah pesanan-pesanan manusia yang agung akhlaknya.

Bagaimanakah Taman Persaudaraan ini mampu dibangunkan ?

a. Ia hanya akan subur oleh ketulusan cinta, bukan sikap sambil lewa dan kemunafikan.

b. Taman ini hanya akan hidup oleh kejujuran dan bukan sikap selalu membenarkan.

c. Ia akan tumbuh berkembang oleh suasana nasihat menasihati dan bukan sikap tidak peduli.

d. Ia akan bersemi oleh sikap saling menghargai bukan sikap saling menjatuhkan.

e. Ia hanya akan mekar dengan bunga-bunga di tamannya oleh budaya menutup aib diri dan bukan saling membuka pekung.

Hanya ketulusan cinta yang sanggup mengalirkan mata air kehidupan ini, maka saringlah mata airnya agar tidak bercampur dengan irihati dan dengki, tidak keruh oleh hawa nafsu, ego dan emosi, suburkan nasihatnya dengan bahasa simpati dan tumbuhkan penghargaannya dengan kejujuran dan keikhlasan diri.

Ini bersesuaian dengan firman Allah swt, "Maka niscaya ia akan menyejukkan pandangan mata orang yang menanam dan menjengkelkan hati orang-orang kafir". (QS Al Fath : 29)

2. Sinari dengan cahaya dan petunjuk jalan

Bunga-bunga tamannya hanya akan mekar merekah oleh sinar mentari petunjuk-Nya dan akan layu dek kerana tertutup oleh cahaya-Nya. Maka bukalah pintu hatimu agar tidak tertutup oleh sifat kesombongan, rasa kagum diri dan penyakit merasa cukup kerana ini adalah penyakit umat-umat yang telah Allah binasakan.

Dekatkan hatimu dengan sumber segala cahaya (Al Quran) niscaya ia akan menyedarkan hati yang terlena, mengajarkan hati yang bodoh, menyembuhkan hati yang sedang sakit dan mengalirkan tenaga hati yang sedang letih dan lemah.

Hanya dengan cahaya, kegelapan akan menghilang dan kepekatan akan memudar sehingga nampak jelas :

a. Kebenaran dari kesalahan
b. Keikhlasan dari nafsu
c. Nasihat dari membuka pekung
d. Memberi kefahaman dari memaksakan agenda
e. Matlamat dari tujuan sampingan
f. Ilmu dari kebodohan
g. Petunjuk dari kesesatan.

Sekali lagi hanya dengan sinar cahaya-Nya, jendela hati ini akan terbuka.

"Maka apakah mereka tidak merenungkan Al Quran ataukah hati mereka telah terkunci". (QS Muhammad : 24)

3. Bersihkan dengan sikap lapang dada

Secara minima cinta dan kasih sayang adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah "itsar" ( mengutamakan orang lain dari diri sendiri) demikian tegas Hasan Al Banna.

Kelapangan dada adalah modal kita dalam menyuburkan taman ini kerana kita akan berhadapan dengan berbagai jenis dan karakter manusia.

"Siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cacat cela maka ia tidak akan menemui saudaranya itu" . Inilah pengalaman hidup para ulama kita yang terungkap dalam bahasa yang indah untuk menjadi pedoman dalam kehidupan.

Kelapangan dada akan melahirkan sikap :

a. Sentiasa memahami dan bukan minta difahami
b. Sentiasa mendengar dan bukan minta didengar
c. Sentiasa memperhatikan dan bukan minta perhatian

Kita belum lagi memiliki sikap kelapangan dada yang sebenarnya jika :

a. Kita masih belum dapat menempatkan orang lain seperti keadaan kita
b. Menyelami perasaan orang lain dengan sentuhan perasaan kita
c. Menyelami logik orang lain dengan logik kita

Oleh kerana itu, kelapangan dada menuntut kita :

a. Untuk lebih banyak mendengar dari berbicara
b. Lebih banyak beramal dari sekadar berkata-kata

"Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya". ( HR. Bukhari Muslim)

4. Hidupkan dengan Ma'rifat

Hidupkan bunga-bunga di taman ini dengan berma'rifat kepada Allah dengan sebenar-benar ma'rifat.

Ma'rifat bukanlah sekadar mengenal atau mengetahui secara teori, namun ia adalah pemahaman yang telah mengakar dalam hati kerana telah diasah oleh :

a. Banyaknya renungan dan tadabbur
b. Ketajaman banyaknya zikir dan fikir
c. Kesibukan terhadap aib dan kelemahan diri hingga tidak ada sedikitpun waktu yang tersisa untuk menanggapi ucapan orang-orang yang jahil dan lebih-lebih lagi mengintai kesalahan dan aib saudaranya sendiri

Sebenarnya, bagi seorang mu'min, tiada masa sedikitpun untuk menyebarkan informasi dan berita yang tidak akan menambahkan amal atau menyelesaikan sesuatu masalah apalagi untuk menfitnah atau membuka pekung orang lain.

Hanya hati-hati yang disibukkan dengan Allah swt yang tidak akan dilenakan oleh "Qiila Wa Qaala" (banyak bercerita lagi berbicara) dan inilah ciri kedunguan seorang hamba sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw apabila ia lebih banyak berbicara dari berbuat sesuatu, lebih banyak bercerita dari beramal, lebih banyak berangan-angan dan bermimpi dari beraksi dan berkorban.

"Diantara ciri kebaikan Keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia". ( HR. At Tirmidzi).

5. Tajamkan dengan cita-cita Kesyahidan

"Pasukan yang tidak mempunyai tugas, sangat berpotensi untuk menimbulkan pergaduhan". Inilah pengalaman medan para pendahulu kita untuk menjadi sendi-sendi dalam kehidupan berjamaah.

Kerinduan untuk syahid akan lebih banyak menyedut tenaga kita :

a. Untuk beramal dari berpangku tangan
b. Lebih bersaing dari menyerah diri
c. Menyibukkan diri untuk banyak memberi dari menimbulkan masalah
d. Untuk banyak berfikir perkara-perkara yang pokok dari perkara-perkara yang cabang.

"Dan barang siapa yang meminta kesyahidan dengan penuh kejujuran, maka Allah akan menyampaikanya walaun ia meninggal di atas tempat tidurnya". ( HR. Muslim)
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma'rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong".

Friday 19 June 2009

Aku Dan KerikiL..

Photobucket


Sedangkan kerikil pun takutkan Dia..
inikan aku yang diberikan akal olehNya..
kerikil jalanan tahu erti panas neraka..
aku pula langgar semua laranganNya..

antara aku dan kerikil, mana lebih hina?..

kerikil sentiasa bertasbih padaNya..
sedang aku ingat padaNya entah berapa..
sedih mengenang diri berdosa..
mujurlah Kau tiap kali jatuh bangun semula..
dan alangkah bertuahnya..
tiap kali pergi meminta..
Kau tetap beri kurnia..

aku bagai pengemis hina..
adakalanya terasa lebih hina..
apabila meminta diberi segalanya..
kemudian terima kasih terus dilupa..
berlagak sombong seperti aku yang punya..
walhal semuanya pinjaman belaka..
sudah terjatuh baru tersedar semula..
datang kembali meminta..
dasar pengemis hina!
tidak sedar diri ini hamba!

malu aku datang meminta..
tapi aku tiada tempat lain untuk meminta..
kerna ku tahu pintuMu sentiasa dibuka..
tidak seperti orang kaya..
pintu ditutup serapat-rapatnya..
benci pada orang yang meminta-minta..
mengelak dari berjumpa yang hina..
tapi Engkau adalah Tuhan kepada orang kaya..
mereka bongkak di dunia..
mereka lupa akhirat masih ada..
mereka sombong dengan yang hina..
mereka lupa di sana mereka kan terhina..

biarlah aku mengemis di dunia..
sekiranya di sana aku kan kaya..
kerna di sana aku kaya selamanya..
di sini hanya sementara..

didiklah aku yang hina..
agar meminta hanya pada Tuan segalanya..
Maha Kaya..
malah tidak terusik keagungannya..
walaupun diberikan segala di dunia..
kerna aku sendiri milikNya..
apatah lagi harta di dunia..
segalanya milik Tuhan Yang Esa..

Wednesday 17 June 2009

Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Photobucket



DR Fathi Yakan




Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lainnya.

Ustaz Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Parti Islam S`Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ustaz Dr Fathi Yakan ke rahmatullah ini. Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau.



------------------------------------------------------------------------------------------

Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau...indeed he will be missed...sedih pulak rasa....beliau telah meninggalkan banyak jasa dan contribution kepada Islam...kita pula, kalau mati nanti bagaimana????

Sunday 10 May 2009

Selamat Hari Ibu

Photobucket


semua org tau kan bile hari ibu..
hari mngingati ibu sedunia..tp adakah tuk hari tu je kite ingt kt ibu kita..
cmne ngn hari2 lain..ingt ke kite kt ibu kite..??
semoga kisah ini kita lebih mengingati ibu sentiasa...hayatilah btol.2

Surat Dari Anak Mak Yang Tak Nakal Dah

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm.. rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.. nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni.. mak macam dah sedia....Seminggu sebelum tu..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.. Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.. tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.. kakak pun rasa hairan.. mak tak penah buat gitu.. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... kengkadang siaran indonesia .. mak terus tekun menganyam... rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.. pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg... ada dalam ASB... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar.. kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.. mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.. mak tetap takmau pi hospital.. dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor.. ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.. mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
Amponkan kami semua.. kami nak mak sehat, kami sayang mak, kami tak mau mak sakit, kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.. ampon kan kami yer mak...

Mak.....
Malam tu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter.. masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.. mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr.. lepas tu bila kereta kiter sampai.. mak buat kenduri kesyukuran... dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor... punya la kiter takut.. kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak... bila balik sahaja kampong.. kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.. tapi mak perasan juga bumper depan kemek.. mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.. maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan.. ampon kan kiter....

Mak......
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006 bila tiba aja kat hospital.. nurse tengah balut mak dengan kain putih.. mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital.. mesti mak nampak abang cium dahi mak... mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.. mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu.. mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar.. Adik kat sebelah diam melayan perasann.. kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini.. jalan di depan terasa makin kelam.. airmata dah tak mampu di tahan... masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela.. namun Alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga, di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong..sekosong hati ini.. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn.....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi.. kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak.. Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.. Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.. mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.. kiter gosok kaki mak perlahan lahan.. Mak perasan tak..? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.. Dia kata..." dikk..jangan nangis..kalau sayang mak jangan buat gitu..jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu.. lagi laaaa laju airmata ni, tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.. kiter nangis ni.. ni kat dlm bilik.. baru pukul 4.00 pagi.. takder orang yang bangun lagi.. kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih.. kiter rindu kat mak..! Takpa la.. nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak, mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.. Semua anak2 mak mengelilingi mak.. menatap wajah mak buat kali terakhir.. Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak.. kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.. kiter tak mampu nak cium mak.. kiter tak daya.. kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.. airmata kiter tak boleh tahan.. mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.. Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.. Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik.. badan akak terasa panas..

Makk... anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu.. cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan. Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi.. Begitu terasa kehilangan mak.. boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata.. Dan sampai satu tahap.. masa tu malam jumaat selepas maghrib.. selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.. entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi.. semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan.. memujuk diri sendiri tapi tak juga redha.. kiter rasa nak telefon mak.. nak cakap dengan mak.. anak mak yang ni dah tak betul kan ..? dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong.. Kiter cakap dengan kakak.. kiter nangis lagi.. puas la kakak memujuk kiter.. akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis....

Mak tau tak.....
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati.. rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.. sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma.. hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.....
cukup la sampai sini dulu.. kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.. kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid.. selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan.. kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak.. esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.. mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih.. pastu kawan kiter bgtau.. simpan je buat kenangan.. kiter cuma tau alamat ni aje.. tak per ye mak kiter kasi orang lain baca.. kiter stop dulu.. sebab kawan kiter dah lama tunggu tu.. akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter.. memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti masuk.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang.. boleh rasa duduk kt negare org smpai akhir ni jasa mak tak akan mampu kite balas..



Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan
jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..



Saturday 9 May 2009

GoOd LUck..!!

Photobucket





Alahaii..!!
exam lg sminggu oii..pecah pale..
bnyk mendek x ngapal lg ni...sempat ke x sempat..
syair nye lg.takrif nye lg..aduyaii..
ni le..klw menulis bkn men pndai lg.bg tips org sane la..
tips sini la cmne nk mnghadapi imtihang..alih2 diri sndri x terbawak
x ter handle nk menjaga nya..tu la aku ngate org pndai..
padan muke aku...arr..budak2 jgn ngikut ikut ye cr gini..x elok..
stdy awal lain kali.....

aku nk ucap kn jgk kt korang la..stdy rajin rajin
jgn tensen tensen...klw tensen jgk..tgk aku sengih..ilang tensen..


GOOD LUCK..!!


toyol


hok ni aku nk kabo..
jgn buat..haram alaik...jgn bwk toyol haa...!!



Yang Ihlas :
sy Amir Shamiz mengutuskan Buat teman2 sp'juangan...maaf dpohon sekiranya selama p'kenalan,ada hak2 yg blum t'tunai,ada tnggungjwb yg blum t'laksana,ada jnji yg blum dpatri,ada hutang yg blum dlngsai,ada musykilah yg blum drungkai...andainya pernah diri ini t'kasar bhs,t'lanjur bicara,t'silap kata,t'salah duga,t'over suara,,AMPUN&MAAF dpinta...krn apabila mnggunkn imbuhan 'ter' ,maka sgala yg berlaku adalah xdsengajakan...hehehe...saLaM ImTiHAn&sELaMat bErJuaNg saHaBaT...fight for ISLAM ^_~
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers