Monday 12 October 2009

Tawassul

Photobucket


TANTA-ISKANDARIAH, Khamis, 8 Oktober 2009 :Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan Jaulah Ke Makam Auliya` (Wali Allah).aku mengambil satu inisiatif untuk turut bersama-sama dalam jaulah tersebut dengan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada aku mengenai kepentingan mencari keredhaan Allah di muka bumi ini, memberi keinsafan melalui kisah keramat para wali Allah serta mempelajari sejarah kebudayaan tamadun Mesir yang agung.

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca kemungkaran.

Penjelasan
Menziarahi kubur menurut kaifiat yang diterima daripada Rasulullah (s.a.w) dengan tidak melakukan bidaah adalah disyariatkan dalam Islam.Menziarahi perkuburan yang diluluskan dari segi syariat ialah dengan tujuan mengambil iktibar dan pengajaran. Seorang muslim yang menziarahi perkuburan haruslah membayangkan dalam benaknya bahawa akhir hayatnya akan sama dengan akhir hayat mereka yang sedang terbaring dalam pusara, biar sepanjang manapun umurnya beliau akan meninggalkan dunia. Bila beliau sampai di perkuburan beliau hendaklah memberi salam dan mendoakan ahli kubur dengan salam dan doa yang pernah diterima dari Rasulullah (s.a.w). Sebahagian salam dan doa tersebut ialah:

السلا م علسكم دارقوم مؤ منين انتم تاسا بقون وإناإن شاءالله لاحقون
ويرحمالله للستقدمين منكم ولمستاخوين،أنتم لنا فرطونحن لكم تبع
نسألالله لنا ولكم العافيه والمغفرة اللهم لاتحر منااجرهم ولاتفتنابعدهم
واغفرلناولهم
“Sejahteralah atas kamu, perkampungan orang-orang mukmin, kamu telah mendahului kami dan kami insyaAllah akan menemui kamu. Allah memberi rahmat kepada kamu yang terdahulu dan kami yang kemudian, kamu untuk kami dan kami akan mengikut kamu. Kami berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keampunan kepada kamu dan kami juga. Ya Allah, janganlah halang kami dari ganjaran mereka dan janganlah fitnah kami sesudah mereka, ampunkanlah kami dan mereka”.

Dengan ini jelaslah bahawa menziarahi perkuburan adalah semata-mata bertujuan untuk mengambil iktibar dan pengajaran serta mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.Selain dari itu musafir untuk menziarahi kubur-kubur yang tertentu tidak pernah diriwayatkan dalam hadith Rasulullah (s.a.w) malah diriwayatkan sebaliknya hadith yang melarang melakukan musafir dengan tujuan tersebut. OIeh yang demikian seorang muslim haruslah memadai dengan hanya menziarahi perkuburan yang ada di negerinya atau di tempat tinggalnya. Bidaah yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini ialah seperti meminta pertolongan kepada tuan yang empunya kubur dan perkara-perkara lain yang telah disebutkan oleh Mursyid. Kesemuanya adalah bidaah dan wajib diperangi. Kita jangan sekali-kali dikotori oleh bidaah-bidaah ini dan kita tidak harus merelainya walau dengan apa bentuk alasan dan penafsiran sekalipun.


Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Penjelasan
Berdoa dan meminta sesuatu selain Allah tidak harus sama sekali dalam syariat Islam; seperti berdoa dan meminta kepada wali-wali tertentu. Umpamanya: beliau mengatakan; “Wahai wali ‘pulan’ sembuhkanlah penyakitku” atau lan-lain lagi. Berdoa kepada Allah secara bertawassul (perantaraan) melalui makhlok Allah, umpamanya beliau mengatakan “Ya Allah aku bertawassul kepadaMu melalui sipulan agar engkau menyembuhkan penyakitku” atau dengan katanya “Ya Allah sembuhkan penyakitku dengan kemuliaan sipulan”. Doa-doa yang seperti ini telah menjadi perselisihan pendapat di kalangan ulamak sebagaimana yang telah dikatakan oleh Mursyid. Kita berpendapat doa-doa yang seperti ini adalah ditegah, kerana tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah bertawassul dengan makhluk Allah dalam doanya. Doa yang seperti ini juga tidak pernah diriwayatkan daripada para sahabat. Yang paling baik ialah mengikut Rasulullah dan para sahabatnya,bukan melakukan bidaah.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers