Wednesday 18 March 2009

Madah Biacara Cokodok..

Photobucket

Alahamdulillah selaut puji dan syukur kita panjatkan kepada empunya dunia ini,Allah S.W.T di atas limpah kasih sayangnya maka dapat lagi kita menghirup udaranya dan masih dipanjangkan usia untuk beribadat kepadanya.Seterusnya jambangan selawat dan salam ke atas junjungan besar ,Nabi Muhammad S.A.W yang telah membawa islam kepada kita sehingga kehari ini.Pernahkah kita bayangkan bagaimana Islam yang kita anuti ini sampai kepada kita sahabat-sahabat? Kenagkanlah perjuangan Rasulullah S.A.W dalam mempertahankan agama Islam yang mulia ini dipenuhi dengan seribu mehnah dan ujian

Dalam menerangi lautan kehidupan ini di dunia pinjaman cuma ini, koreksi kendiri mahupun muhasabah diri harus dipraktikkan dalam meningkat majukan diri sendiri. Namun perkara yang mudah dibicarakan ini, hanya meniti bibir kita tanpa diterjemahkan dengan perlakuan. Sebagai muhasabah bersama, kita selaku ummat Islam sehingga kini setakat mana kita mengenali, mengamalkan serta patuh pada Allah SWT? sehingga kini, kita selaku ummat islam seakrab dan seintim mana kita mengenali rasul junjungan kita baginda Muhammad SAW, kekasih Allah SWT? Adakah hanya sekadar mengetahui nama baginda sahaja? Dalam pada itu,kita selaku ummat Islam, adakah kita mampu membaca kitab kalam Allah Swt dengan lancar mahupun masih lagi merangkak-rangkak teraba raba persis si buta? Ataupun kita langsung tidak mengenali rantain huruf-huruf yang terkandung di dalam Al-Quran itu? Kita ummat Islam kini, sejauh mana kita mengadaptasikan perintah, tegahan , tauladan, sempadan mahupun ilmu yang terdapat di dalam kitab unggul itu di dalam kehidupan kita? Bagaimana pula dengan simpulan ukhuwah antara kita sesama Islam yang seharusnya umpama saudara sendiri ? Malahan dalam pada itu lagi, sejauh mana pula sumbangan yang telah kita berikan untuk Islam? Seribu satu persoalan yang mampu untuk deikemukakan bagi menganalisis diri sendiri adakah kita ini ummat Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Ataupun kita sekadar redha dengan kehidupan Islam yang telah dipaparkan oleh ummat Islam di Malaysia? tepuk dada tanya hati atau iman...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers