Thursday, 22 October 2015

تيدق داڤت حاضير کسکوله


 photo 380218_380x120.gif


سواتو هاري، سوفيا ڤونتيڠ سکوله. دي تيليفون ݢورو کلسڽ دان مڽامر سباݢاي ايبوڽ.


سوفيا:  "  هيلو، اداکه ايت چيقݢو فاطمه بنت علي، ݢورو کلس تاهون 6؟ "

چيقݢو:  " يا، ساي."

سوفيا:  " چيقݢو، هاري اين سوفيا تيدق داڤت حاضير کسکوله کران ساکيت."

چيقݢو:  " او.ق..، بوليه ساي تاهو سياڤا يڠ سدڠ برچاکڤ؟"

سوفيا:  " امق ساي...."

Friday, 9 October 2015

موسيم چوتي سکوله


 photo 380218_380x120.gif





ڤد ڤاݢي يڠ چريا د دالم کلس درجه 3، چيقݢو روسلينا برتاڽ ڤد انق موريدڽ، کمانا مريک ايڠين ڤرݢي برچوتي برسام کلوارݢ ڤد موسيم چوتي سکوله يڠ اکن داتڠ.

چيقݢو: "سوفيه ڤد موسيم چوتي سکوله ننتي کامو نق ڤرݢي کمانا؟"
سوفيه: "ساي نق باليق کامڤوڠ اتوق ساي د ڤهڠ."  
چيقݢو: " کامو جارجيت؟" 
جرجيت: "ساي نق ڤرݢي ݢنتيڠ هيݢلند." 
چيقݢو: " کامو امير؟"
 امير: "ساي ترايڠين نق ڤرݢي بولن لا چيعݢو." 

سموا موريد٢ کتاواکن امير. 

چيقݢو: " امير.. کالاو نق ڤرݢي بولن کنا جادي اڠکاساون دولو... 
"اوق". کامو ڤولا يحي." 

دڠن سماڠت يحي منجواب.... 

يحي: " ساي نق ڤرݢي ماتاهاري..."
چيقݢو: " يحي... ماتاهاري کن ڤانس مان اد مانسي ڤرݢي سان..." 
يحي: " کيت ڤرݢي مالم...." 

Friday, 18 September 2015

Jaulah Sinai DPMZ 2010

 photo 380218_380x120.gif


 Teguh ukhuwwah..... para peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang negeri serta pengajian menjalin silaturrahim di Sinai

SEMENANJUNG SINAI, 8-10 FEBUARI 2010 : Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan jaulah ke Semenanjung Sinai yang disertai oleh 49 peserta terdiri dari ahli DPMZ, 9 ahli DPMDM (Damanhur) dan 3 mahasiswa Jordan.Musyrif bagi kembara ini ialah Ustaz Muhammad Mursyid Shafiee.Rehlah ini bertujuan untuk meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa, menjejaki sirah anbiya` serta mengenali bumi Mesir dengan lebih dekat.
Rombongan bertolak sekitar jam 2 pagi dan singgah di sebuah perhentian di Suez untuk bersolat Subuh sebelum merentasi Terowong Ahmad Hamdi yang dibina sekitar 1983 dan kemudiannya dibaik pulih pada 1991.

          Terusan Suez terdapat di atas terowong ini.Terusan ini telah dibina pada 1859-1869 oleh penggali Perancis dengan menggunakan beratus ribu tenaga kerja manusia.Ia dibina untuk memendekkan perjalanan di antara Timur dan Barat serta digunakan untuk kepentingan penjajah Barat untuk menduduki bumi umat Islam.Terusan ini menjadi laluan kapal terpenting pada masa kini.Selepas itu, para peserta telah dibawa melawat ke bekas Kubu Tentera Israel iaitu Garisan Bar Lev.Kubu ini digunakan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) selepas penawanan Sinai pada Perang Arab-Israel 1967.Kubu ini mempunyai kedudukan yang strategik serta terlidung dari pandangan musuh selain mampu membalas serangan dari segenap penjuru.Kubu ini akhirnya ditawan pada Perang 6 Oktober atau juga dikenali Perang Ramadan dan Perang Yom Kippur oleh Yahudi setelah Syeikhul Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud bermimpi tentang strategi penawanannya.Peristiwa ini membuktikan segala kelengkapan canggih bukanlah syarat kemenangan akan tetapi bantuan Allah jualah yang menentukan segalanya melalui karamah seorang ulama.

          Selepas itu, para peserta melawat Uyun Musa dan Telaga Ayub yang dikatakan menyembuhkan Nabi Ayub AS daripada penyakit yang dialami Baginda.Mengikut riwayat, Nabi Musa AS telah membelah laut dengan tongkatnya untuk membawa Bani Israel lari daripada cengkaman Firaun di pesisir pantai ini.Para peserta kemudiannya menuju ke Hamam Firaun untuk melihat serta merasai hawa panas di sebuah gua di mana Firaun pernah datang ke sini untuk menyembuhkan penyakit Rheumatisme.

          Wadi Arbaein pula menjadi destinasi pada watu senja.Wadi Arbaein mempunyai batu 12 mata air yang didakwa menjadi sumber air bagi 12 suku Bani Israel setelah Nabi Musa AS mengetuk batu tersebut dengan menggunakan tongkat serta lembah ini dikatakan pernah menjadi tempat pertemuan 40 anbiya`.Peserta telah berehat sebentar di Fox Camp sebelum mendaki Jabal Musa yang juga dikenali sebagai Jabal Tursina pada jam 12 tenah malam.Kesemua peserta telah sampai ke puncak pada jam 4 pagi.Kelihatan ramai pendaki dari seluruh dunia yang hadir semata-mata untuk melihat keindahan matahari terbit.

          Selepas menikmati panorama matahari terbit, para peserta turun semula sambil bertemu Saint Katherine iaitu sebuah biara yang telah dibina sebelum kelahiran Rasulullah SAW oleh Maharaja Justinian iaitu Raja Empayar Byzantin.Ia mendapat nama sempena anak seorang pembesar Alexandria yang dihukum bunuh.Gereja lama ini merupakan gereja kedua yang menyimpan manuskrip kuno Kristian terbanyak selepas Gereja Sedunia di Vatican City dan disytiharkan sebagai Warisan Sedunia oleh Agensi Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

          Peserta kemudiannya melawat makam Nabi Saleh AS dan Lembu Samiri yang dibina Nabi Musa AS beruzlah di Jabal Tursina semata-mata untuk mensyirikkan Allah.Peristiwa Lembu Samiri merupakan teladan bagi seluruh umat agar tidak mempersekutukan Allah SWT.Destinasi seterusnya ialah Dahab iaitu sebuah kawasan peranginan di sebelah timur Sinai.Para peserta membeli-belah serta menikmati hidangan makanan laut yang terdapat di sini.Aktiviti pada keesokan pagi ialah menyelam dan berkuda.

          Para peserta bertolak ke Qal`ah (Kubu) Salehuddin Al-Ayyubi.Kubu ini terletak di Pulau Firaun dan dibina oleh Empayar Byzantin.Pada 1116, angkatan tentera Salib telah mendudukinya.Tentera Sultan Salehuddin pula merampas kubu ini pada 1182 dan meluaskannya.Kubu ini mempunyai kedudukan strategik dan dapat menahan asakan serangan tentera Salib dari bumi Palestin.

          Rombongan kemudiannya bertolak pulang dan sempat melawat sebuah batu bersurat milik kerajaan Mamalik yang dipercayai dibina oleh Sultan Qaitbay yang terbunuh di dalam pertempuran dengan tentera Uthmaniyyah di Halab, Syria.Para peserta akhirnya tiba di Zagazig pada jam 11.30 malam.DPMZ berharap jaulah ini dapat mencapai matlamatnya serta membina kekuatan jiwa para ahli.
Senang diri..... 4pegawai tentera bertugas di bekas kem tentera Israel, Garisan Bar Lev

PRI The Return



 photo 380218_380x120.gif


Alhamdulillah segala syukur kehadrat Allah, segala puji keatas junjungan besar Nabi kita Habibuna Rasullullah S.A.W kerana memmberikan aku peluang untuk men'aktif'kan kembali medan dakwah yg aku tangguhkan setelah sekian lama sebagai keyboard warrior.. tak de la warrior sangat. cuma berkongsi apa yang ada..

InsyaAllah untuk post permulaan bagi pembukaan PRI the return aku nak berkongsi berkenaan dengan tulisan jawi. ramai diantara kita yang aku percaya boleh membaca jawi, tapi sejauh mana kecekapan kita membaca jawi berbanding dengan tulisan rumi. mesti jauh beza kan? berapa lama waktu untuk kita habiskan membaca untuk satu baris? untuk satu perenggan ? apatah lagi petikan ? lagi-lagilah kalau karangan? seberapa banyak yang kita jumpa tulisan rumi dalam seharian kita? entah-entah sebulan tu tak pernah jumpa pun. kalau kita la yang susah nak jumpa, budak-budak zaman sekarang apatah lagi. ejaan naufal pon bole bertukar jadi Neelofa! nampak lah kita semakin jauh dari tulisan yang membangun kan warisan nenek moyang kita dahulu dari jahil.

 tak mau cerita meleret bagi panjang, tujuan aku nak mengáktif'kan kembali blog ni adalah nak berkongsi seberapa banyak cerita jawi yang aku ada untuk kita sering baca dan jadikan perhatian kepada anak-anak untuk menarik minat mereka kepada tulisan jawi. Jom! kita semarakkan kembali tulisan jawi.


 سمبوڠکن دوا ايات منجادي ساتو. 

 سواتو ڤاݢي د کلس درجه دوا..

 چيقݢو: " محمود، سمبوڠکن 2 ايات اين منجادي ساتو. علي مناٴيقي باسيکل کسکوله.                علي ترنمڤق ميت".

 محمود: " علي ترنمڤق مايت مناٴيقي باسيکل کسکوله."



  Nantikan post yang seterusnya   إنشا ءالله