Sunday, 4 December 2011

Maafkan andai diri ini penuh dosa

Photobucket



Manusia seperti Sebuah BUKU….
Cover depan adalah tanggal lahirnya
Cover belakang adalah tanggal kematiannya
Tiap lembarannya, adalah tiap hari dalam kehidup kita dan apa yg kita lakukan.

Ada buku yang tebal,
Ada buku yang nipis.
Ada buku yang menarik dibaca,
Ada buku yang tidak menarik.

Sekali sudah tertulis, tidak mudah untuk di’edit’ kembali.

Tapi apa yang hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya,
selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.
dan tidak tahu apa kisahnya..

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun yg berlaku kelmarin,
Allah swt selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya. Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.

Terima kasih ya Allah untuk hari yang baru ini..

Syukuri hari ini….
dan isilah halaman buku kehidupan dgn hal-hal yang baik.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu bertanya kepada Allah, tentang apa yang harus ditulis pada tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yg berkenan kepadaNYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan siapapun setelah kita nanti.

Selamat menulis di buku kehidupanmu,
Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena kebijaksanaan.



Sebelum tidur tebarkanlah kebajikan kelingkungan sekelilingmu. Cucilah hatimu tujuh kali bilasan degan sikap pemaaf lalu putihkan pada bilasan yang kelapan degan taubat, jika sudah begitu engkau akan merasakan manisnya iman... Andai diri ini juga penuh degan kekhalalan dan khilaf maafkn lah aku...;)

Wednesday, 30 November 2011

Entikhabat Masr

Photobucket


28 November 2011 bermulalah Pilihanraya Umum Mesir untuk memlilh ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara yang baru kesan dari revolusi Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak. Pilihanraya yang mempunyai 6 peringkat dijangka tamat pada 21 januari 2012. Sembilan buah negeri termasuk Kaherah mendahului pemilihan peringkat pertama di Mesir yang melibatkan seramai 17.5 juta pengundi.

Rakyat yang berusia 18 tahun keatas layak dan wajib membuang undi di hampir 3500 pusat penundian yang dibuka pada 28hb.Kegagalan mereka membuang undi akan dikenakan denda oleh pihak mahkamah sebanyak LE500.14 ribu orang jentera SPR telah bersedia bertugas dengan dibantu oleh ribuan tentera dan polis dalam menjaga keamanan sepanjang pilihanraya berlangsung.Sebanyak 553 buah ambulans juga telah disediakan untuk menghadapi sebarang kumingkinan.

Pertama kali dalam sejarah Mesir setelah kejatuhan Mubarak, Rakyat Mesir di Luar negara dibenarkan mengundi untuk memilih pimpinan mereka.Dijangkakan lebih 8 juta rakyat Mesir di laur negara akan membuang undi mereka melalui konsul Mesir dan memalui sistem E-undi.Penggunaan dakwat kekal juga dikekalkan dalam memastikan ketelusan SPR dapat diyakini oleh rakyat.

Di Kaherah menyaksikan pertandingan sengit diantara puluhan parti dan ribuan calon untuk merebut 54 kerusi parlimen. 1/3 dari kerusi tersebut atau sebanyak 18 kerusi akan dipilih melalui calon individu ( fardy ) dari 9 kawasan yang dipertandingkan. Manakala 2/3 kerusi @ 36 kerusi dipilih melalui calon berparti ( qoimah ) dari 4 zon besar.

Keputusan pilihanraya setiap peringkat akan diketahui selepas 12 jam setelah tamatnya pengundian setiap peringkat.

Tuesday, 29 November 2011

PAKATAN PARTI-PARTI YANG BERTANDING DALAM PILIHARA RAYA MESIR

Photobucket




AL-TAHALLUF DEMOKRATI (PAKATAN DEMOKRASI)

  1. Hizbul Huriyyah wa A’adalah
  2. Hizbul Ghad al-Jadid
  3. Hizbul Karamah
  4. Hizbul A’mal
  5. Hizbul Hadharah
  6. Hizbul Jail
  7. Hizbul Islah wa al-Nahdhoh
  8. Hizbul Ahrar
  9. Hizbul huriyyah wal Tanmiyyah
  10. Hizbu Misr al-A’rabi al-Isytiraki
TAHALLUF MIN AJLI MISR (PERIKATAN MESIR)
  1. Hizbul Nur as-Salafi
  2. Hizbul Isolah
  3. Hizbul Bina’ wal Tanmiyyah
  4. Hizbul Masr wal Bina’
ITTILAF AL-TAHALLUF MIN AJLI MISR (GABUNGAN PERIKATAN MESIR)
  1. Hizbul Mustaqilin al-Jadd
  2. Baddu Ajnahat al-Hizbul Nasora
  3. Syababul Thaurah
TAHALLUF AT-THAURAH MUSTAMIRRAH (PERIKATAN REVOLUSI BERTERUSAN)
  1. Hizbul Tahalluf as-Sya’bi al-Isytiraki
  2. Al-Hizbul al-Isytiraki al-Masri
  3. Hizbul al-Musawah wal Tanmiyyah
  4. Hizbul Tayyar al-Masri
  5. I’tilaf Syabab al-Thaurah
  6. Hizbu Masr al-Huriyyah
  7. Hizbul Tahalluf al-Masri
AL-KATLAH AL-MASRIYYAH (MASSA MESIR)
  1. Hizbul al-Masriyyin al-Ahrar
  2. Al-Hizbul al-Masri al-Demokrati al-ijtima’ie
  3. Hizbul Tajammu’
TAHALLUF FULUL (SAKI BAKI HIZBUL WATONI)
  1. Hizbul Watoni al-Masri
  2. Hizbul Muhafazin
  3. Hizbul Huriyyah
  4. Hizbul Ittihad
  5. Hizbu Masr al-Qaumi
  6. Hizbu Masr al-Hadithah
PARTI-PARTI YANG BERTANDING PILIHAN RAYA SECARA SENDIRIAN
  1. Hizbul Wafd al-Jadid
  2. Hizbul Fadhilah
  3. Hizbul A’rabi al-Demokrati al-Nasiri
  4. Hizbul Takaful al-Ijtima’ie
  5. Hizbul Nahdhah
  6. Hizbul Khudhri al-Masri
  7. Hizbu Haras al-Thaurah
  8. Hizbu Nahdhah Misr
  9. Hizbu Misr 2000
  10. Hizbu Huququl Insan wal Mawatinah
  11. Hizbul Salam al-Ijtima’ie
  12. Hizbul A’dalah al-Ijtima’iyyah
  13. Hizbul Mustaqilin al-Jadd
  14. Hizbul Wasti al-Jadid
  15. Hizbul Wafaq al-Qaumi
  16. Hizbu Syabab Misr
  17. Hizbul Juhbah al-Demokrati
  18. Hizbul Hayat
  19. Hizbul Wa’yu
  20. Hizbul Sya’bi Demokrati
  21. Hizbul A’rabi Lil A’dli wal Musawah
  22. Hizbul Taghyir wal Tanmiyyah
  23. Hizbul as-Shuyu’ie al-Masri

Sumber dr Blog Akhi Rosdi Latif 

Wednesday, 16 November 2011

Ukhuwwah

Photobucket



CiRi2 sAhAbAt UkHuWaH FiLlAh(^-^)

1) Sahabat ukhwah fillah, kita senang bila dekat dengannya kerana Allah lebih mengetahui segala-galanya, yang tersurat dan tersirat. Justeru itu andai hati kita dan dia sudah sama-sama bertaut kerana Allah, pasti ketenangan ada di situ. Sesuai dengan janji Allah ;

Wajiblah cintaKu bagi orang-orang yang berkasih sayang keranaKu (Hadith Qudsi)

2) Sahabat ukhwah fillah akan sentiasa menegur kesilapan kita yang tidak sesuai dengan ketetapan syara’. Hal ini kerana masakan hati yang mencintai Allah dan bersahabat denganmu keranaNya semata sanggup untuk melihat dirimu terus lena dibuai godaan syaitan laknatullah.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan serta bagaikan jalinan jari-jemari (H.R Mutlafaqa’laih dari Abu Musa r.a)

3) Sahabat ukhwah fillah akan berusaha sedaya upaya untuk menutup keaibanmu. Ini penting, seaib mana pun perlakuanmu akan cuba ditutup agar maruahmu terpelihara kerana dia menyayangimu kerana Allah dan dia tahu baik burukmu itu adalah dari Allah.

4) Sahabat ukhwah fillah akan gembira dengan kejayaanmu dan bersedih dengan kegagalanmu. Sekarang ini tidak ramai yang senang melihat orang lain lebih berjaya daripada dirinya.  Jadi andai sahabatmu sentiasa di sisi dan menyokongmu tika saat jatuh dan bangunmu maka hargailah dia…

5) Sahabat ukhwah fillah akan selalu menghiburkanmu dengan janji-janji dan kalam-kalam Allah.  Tika dirimu jatuh, dia akan menghiburkanmu dengan janji-janji Allah… Tika dirimu terlalu gembira,dia akan mengingatkanmu tentang kebesaran-kebesaran Allah. Sahabat ini tidak akan cuba menghiburkan dirimu dengan sajian dunia yang fana semata-mata bahkan diajaknya dirimu untuk mengejar akhirat yang kekal abadi…

6) Yang paling penting sekali… sahabat ukhwah fillah akan sentiasa mendoakan dirimu!

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya Allah Taala akan berkata di hari kiamat : Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranKu? Pada hari ini, Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Iaitu hari di mana tiada lindungan lain kecuali lindunganKu.” (Sahih Muslim)

Saturday, 5 November 2011

KHALIFAH 1432H

Photobucket



Tentatif progam :

Sabtu 5 November 2011

- Majlis perasmian KHALIFAH 1432H
  Dewan Darul wehdah
  *Bermula pd jam 5.00 ptg
 solat maghrib berjemaah : Ikhwah di masjid berdekatan
                          Akhwat di dewan Dpmz
- Talkshow : ust mukhri & Dr Zulkifli
- Perutusan Raya
- Ucapan raya dr setiap tahun dn kuliah
- Jamun kuih raya
  *Digalakkan kpd ahli utk membawa
   Ikhwah - buah-buahan
   Akhwat - kuih raya

 Ahad 6 November 2011

- Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha
- Masjid Fattah (Masjid Negeri Syarqiah)
  *Berkumpul pd pkul 7.00pg di masjid setelah selesai warga arab menunaikan solat sunat
  *Laungan takbir raya suasana Malaysia


Isnin 7 November 2011

- 7.00 pg Penyembelihan haiwan qorban
- Murur (kwsan perumahan berdekatan landasan keretapi)
  *pada Ahli yg belum tahu tempat boleh berkumpul di perkarangan imarah pejabat dpmz - 6.00pg
- Gotong-royong melapah dn membahagi daging qorban
  *ikhwah masing-masing digalakkn utk membawa pisau sendiri dn ditandakn.
- Jamuan sup tulang : Ikwah di Murur
                      Akhwat di Dewan Darul Wehdah


 Selasa 8 November 2011

- Majlis Penutup
- Dewan Nadi Riadi (istad jami`ah)
  *Bermula pada jam 7.00pg
- Ceramah Motivasi - Ust Zahari
- Persembahan dan cabutan bertuah
- Penyampaian Anugerah cemerlang
- Penyampaian Anugerah tokoh tadhiah
  *Semua Ahli digalakkn memakai pakaian hari raya.


Ucapan selamat hari raya daripada al Qaradhawi
باسمي وباسم الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين أهديكم أجمل التهاني، وأصدق عبارات الود والمحبة بمناسبة عيد الأضحى المبارك. أسال الله تعالى أن يعيده عليكم وعلى الأمة الإسلامية بالخير واليمن والبركات، وأن يحفظ عليكم نعمة الأمن والإيمان والسلامة والإسلام، والتوفيق لما يحبه ويرضى. وكل عام وأنتم إلى الله أقرب وعلى طاعته أدوم

Wednesday, 26 October 2011

Aidil Adha Dirai, Ukhuwwah Di rasai

Photobucket


Masih tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidil Adha.kepada sahabat-sahabat yang nak sertai bahagian qorban tetapi masih belum memberikan nama.boleh berbuat segera.serta sahabat yang najah ingin menyertai kenduri haflah najihin boleh terus mendaftar,i.Allah pada tahun ni kita menyambut Aidil Adha berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelum ni... pakat2 nyumbang lebih skit deh,raye thun special skit ;)


List harga haiwan Qorban 2011:
- Unta satu bahagia LE 800/ RM 430
- Lembu satu bahagian LE 800/ RM 430
- Khoruf satu bahagian LE 800/ RM 430
- Kambing satu bahagian LE 600/RM 320

Kepada shabat yg berminat utk mengambil bahagian Qorban pd tahun ini boleh hubungi :

Ikhwah : Us Dzul Nawawi Munawer (+201113937517)
Akhwat : Dr Saniyah Almuhsin (+201148058634)

Kepada sahabat yg ingin meraikan kenduri kesyukuran Haflah Najihin boleh hubungi :

Ikhwah : Dr Wan Faiz (+201117591881)
Akhwat : Dr Nur Husna Samat (+201117621034)

Hari raya Qorban dn Haflah Najihin brlangsung bwh satu Program KHALIFAH 1432
bagi sahabat dan sahabiah yg ingin mmberi sumbangan dn derma ikhlas utk menjayakn keseluruhan program boleh hubungi

Ikhwah : Us Amir Shamiz Zainudin (+201119327932)
Akhwat : Dr Nurul Izzati (+201119427073)

sahabat dn sahabiah yg berada di Mlysia atau dimana2 boleh trus 'bank in' kan ke
Akaun HSBC 373483577025 Ahmad Zaidan B. Abu Samah



Friday, 21 October 2011

SA`AH


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi bernyawa hari ini untuk menghadapi kehidupan yang sementara di dunia ini.

Demi masa! 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Surah ini amat pendek tapi Imam As Shafee pernah menukilkan bahawa jika semua orang menghayati surah ini maka itu adalah cukup untuk seluruh manusia. Hebatnya surah yang pendek ini.

Surah ini adalah antara surah yang terawal yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Mekah. Dalam surah al-fatihah, Allah mengajar kita untuk mencari jalan yang lurus (as-siratul al-mustaqim) dan dalan surah ini (al-Asr) intipati atau jalan yang lurus itu ditunjukkan kepada seluruh umat manusia. Allahu Akhbar.

Dalam surah ini kita umat manusia diajar supaya yakin akan kekuasaan Allah swt, lakukan perkara-perkara yang baik (amalan soleh), ajak manusia kearah kebaikan atau kebenaran, dan menyuruh seluruh umat manusia supaya bersabar. Sesiapa yang berjaya mengerjakan amal soleh adalah orang -orang yang berjaya dan kehidupan mereka penuh dengan keberkatan dan mendapat keredhaan Allah swt tetapi kepada sesiapa yang ingkar daripada jalan ini maka mereka itu adalah dalam kerugian yang amat besar.

Inilah guideline atau kayu pengukur untuk kita semua umat manusia untuk mejalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Banyak buku-buku motivasi diluar sana yang bejilid-jilid tidak dapat menerangkan akan contoh kehidupan yang sempurna ini seperti yang dikatakan oleh Allah swt hanya dengan 3 ayat dalam surah al-asr ini. Inilah wadah sebenar manusia harus hidup di dunia ini dan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat yakni taat segala perintah Allah swt, tinggalkan segala laranganNya, jalani kehidupan seperti yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w., manusia pasti akan menemui kejayaan dengan jalan yang lurus ini. Allahu Akhbar.

Dalam surah ini Allah menerangkan akan kepentingan masa sepertimana Allah swt berkata "Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur".(surah al-furqan:62)

Maka dengan ini kita kena memanfaat masa dengan sebaik-baiknya, gunakan masa kerana Allah swt, untuk mendekati kepadaNya dan untuk mendapat keredhaanNya. Terutama kita umat di akhir zaman ini, umur kita tidak panjang, purata 60 hingga 70 tahun sahaja, maka menjaga masa itu amat penting. Kiasan umur manusia adalah ibarat meletakkan jari ke dalam lautan. Bila diangkat jari tersebut ada titisan air dijari maka itulah kehidupan dunia kalau nak dibandingkan dengan seluruh lautan yang merupakan kehidupan akhirat.

Dalam ayat seterusnya Allah swt menyebut bahawa "Semuanya akan binasa kecuali mereka-mereka yang percaya dan melakukan amalan-amalan soleh". Disini Allah membuat pengecualian kepada mereka-mereka yang melakukan amalan soleh dan perkara-perkara yang baik akan berjaya.

Kemudian Allah sebut dalam ayat seterusnya supaya kita mengajak manusia kearah kebenaran, yakni kebenaran yang Hak (al-Haqq) yakni agama Islam, iaitu mengerjakan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.

Dan terakhir sekali Allah berkata mereka yang selamat daripada kemusnahan adalah mereka yang mengajak antara satu sama lain dengan penuh kesabaran sebagiamana seorang sahabat nabi, Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain, maka dia tidak patut menindas seorang muslim yang lain atau menyerahkan kepada orang yang zalim. Sesiapa yang menunaikan Hak saudara sesama Muslim mereka, Allah swt akan sempurnakan Hak mereka; Sesiapa yang menyenangkan saudara Muslim mereka, Allah swt akan mennyenangkan dia di hari Akhirat nanti dan sesiapa yang menyelamatkan saudara Muslim mereka, Allah swt akan mengangkat segala kesusahan dia di hari Akhirat nanti."

Rumusannya, dalam surah ini kita diajar akan empat kriteria yang mana jika seseorang boleh mencapai keempat-empat kriteria ini, seseorang itu akan dapat mencapai kesempurnaan (insan kamil) dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Yang pertama adalah: Mengetahui Kebenaran.

Yang kedua: Apa yang dilakukan, merupakan reflek kepada kebenaran tersebut.

Yang ketiga: Mengajar orang lain yang tidak mengetahui kebenaran.

Yang keempat: Bersabar untuk belajar berkenaan dengan kebenaran dan bertindak berdasarkannya dan mengajarkannya.

Allahu Akhbar.

Maka saya menyeru kepada semua sahata-shabat di Al-hikmah ini untuk kita sama-sama mencapai keempat-empat kriteria yang disebutkan di atas. Bersama-samalah kita berusaha untuk mencari kebenaran yakni apa yang ditinggalkan oleh Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w., Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Marilah kita smua berazam untuk kuatkan Iman kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Tiada sebab lain lagi. Kenapa?

Kerana apabila Iman telah lemah, 'aqidah telah binasa maka Iblis menjadi penguasa! Dia mengerahkan seluruh tenteranya menguasai hati insan kita umat manusia untuk membuat kefasikan dan kekufuran!

Diantara seruan-seruannya ialah bersifat takabbur sombong, melakukan kezaliman, tamakkan pangkat harta, kedudukan. Orang-orang ini sanggup melakukan pembohongan, fitnah dan berbunuh-bunuhan demi untuk mencapai segala kenikmatan duniawi. Mereka tamak akan dunia dan takut akan mati.

Dahulu Bani Umayyah, diikuti Bani Abbassiah dan kini disambung oleh pembesar-pembesar (Jabbabiratun) di seluruh dunia Islam masa kini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)


Wallahua'lam.

Wednesday, 12 October 2011

Mencari Penama bahagian korban dan sumbangan

Photobucket

Kita berbaki hanya lagi sebulan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.pada tahun 2011 dan seperti tahun- tahun yang lepas pihak DPMZ (Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig) akan mengadakan progrm sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi meraikan bersama -sama anak-ank melayu yang berada di bumi anbia ini,ardhul kinanah, Mesir.bagi sahabat -sahabat yang ingin menyertai bahagian korban khusus nya kepada ahi Zagzig,sahabat di Malaysia juga tiada masalah jika ingin mnyertai di alu-alukan.Dan juga sahabat-sahabat yg najah dalam imtihan yg berhajat untuk memberikan sumbangan untuk haflah najihin,satu program yg dipanggil kenduri kesyukuran atau kenduri kejayaan bagi mahasiswa/wi yang telah berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini..bagi yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan ana sendiri I.Allah...



Saturday, 8 October 2011

Fenomena Fantasi Yang Direalitikan

Photobucket



Satu fenomena yang baru akan tercetus melalui sebuah program realiti terbaru dengan diberikan nama sebagai Ustazah Pilihan ditayangkan siarannya 1 Oktober nanti di saluran televisyen swasta Astro Oasis.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim baru-baru ini.

Selepas Imam Muda berjaya mendapat liputan yang meluas sehingga peringkat antarabangsa, kini Astro Oasis mengatur langkah maju setapak dengan tema yang sama iaitu program keagamaan kontemporari dengan mencari sinar baru untuk golongan Hawa pula.

Di antara sasaran dan tujuan program yang diberikan nama Ustazah Pilihan tersebut, adalah membentuk generasi muslimah yang mampu berdepan dengan kehidupan berorientasikan pendidik, pembimbing dan pemimpin di kalangan masyarakat.

Perjalanan Ustazah Pilihan kelak akan menampilkan 10 peserta yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan meneruskan pembelajaran selama tempoh 8 minggu dalam akademi merangkumi teori dan praktikal.

Beberapa tugasan akan diberikan kepada peserta untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran meliputi aspek keagamaan, teknologi maklumat, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan.

Markah peserta akan dinilai melalui dua elemen penting iaitu gerak kerja berkumpulan dan kesungguhan peserta dalam setiap tugasan yang diberikan.

Tugasan yang diberikan kepada peserta berlegar berkaitan isu semasa terutamanya yang menyentuh kepada ruang lingkup kehidupan wanita dalam merealisasikan keperluan masyarakat sejagat.

Namun begitu, apakah Ustazah Pilihan sandaran ikon muslimah kontemporari ini akan berjaya dilahirkan atau sekadar fantasi yang direalitikan ?

Sudah pasti akan wujudnya kesan positif dan negatif pada program yang bakal berlangsung ini. Apatah lagi, istilah program realiti semestinya akan menjadi tatapan umum masyarakat sekaligus akan menimbulkan fitnah kerana pesertanya pula hanya dikalangan kaum Hawa sahaja.

Segala perlakuan dan perbuatan peserta sepanjang program tersebut akan menjadi tontonan ramai sekaligus membuka ruang pada khalayak masyarakat mencambahkan pelbagai persepsi terhadap wanita.

Biarpun jaminan telah diberikan oleh pihak penganjur, program yang direncanakan itu berlandaskan syara'.

Namun sejauh mana ianya dapat direalisasikan atau hanya sekadar fantasi yang direalitikan dengan sandaran kepada agama sebagai taruhan.

Wanita adalah perhiasan kecantikan dunia, maka sudah pasti kedudukannya tinggi di sisi agama, justeru pelbagai perkara harus dititik beratkan terutamanya penampilan dan pemakaian agar tidak sehingga berlebih-lebihan.

Istilah “ TABARRUJ ” didalam Al-Quran yang menjadi bukti kepentingan menjaga dan memelihara aurat itu perlu pada setiap wanita sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah An-Nur, 31)

Sesungguhnya posisi kaum Hawa tidak seperti kaum Adam di dalam meneladani arena dakwah untuk berdepan dengan masyarakat.

Oleh kerana demikian, ketrampilan muslimah dalam melebarkan sayap dakwahnya tidak perlu membatasi lelaki dan ini memberikan kepada kita untuk berfikir apakah medium terbaik untuk menyampaikan dakwah daripada golongan wanita.

Realitinya kini, kita ketandusan tenaga muslimah yang mampu mendalami dan menerangkan secara jelas mengenai Feqh Wanita sebaliknya kaum Adam pula mampu memahami dan menyampaikan dengan begitu baik sekali, mengapa tidak muslimah sendiri yang mendalaminya ?

Walau bagaimanapun, semangat dan perencanaan pihak Astro dalam memandang serius keperluan muslimah dalam pentas masyarakat boleh diberikan pujian .

Ini memberikan petanda baik bahawa pihak media menyedari kebejatan moral masyarakat kini semakin menular sehingga memerlukan golongan muslimah sendiri sebagai pendakwah .

Apa yang diharapkan agar Ustazah Pilihan ini benar-benar menjadi batu loncatan kepada golongan muslimah betapa pentingnya memahami konsep dakwah dan dapat melahirkan generasi Ustazah yang berkualiti dalam segala aspek sekaligus dapat menampung kehendak semasa bukan hanya fantasi yang direalitikan semata-mata.

NURAIN BT YAACOB
Timbalan Pengerusi
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

sumber : pmaram.org

Friday, 7 October 2011

Zinnirah

Photobucket


Pengorbanan Zinnirah

Kita sering kali mendengar lagu UNIC bertajuk Zinnirah tu, tapi kenalkah kita siapa dia Zinnirah ?? Kenapa dia begitu hebat sekali di dalam sejarah ...

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

    “Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Wednesday, 5 October 2011

Larangan Syara' Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita

Photobucket



- Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian - bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

- Tabarruj bukanlah kerana tidak menutupi aurat,contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

- Jadi,contohnya,jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

- Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

- Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

- Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

- Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [An-Nur (24):31].

- Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

- Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

- Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

- Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka” [An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya),

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Jika seorang anak perempuan itu telah baligh,hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

- Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman; “Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [Al-Nur (24) : 31]

- yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher,dada dan hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja

Monday, 25 July 2011

Isim makan (nama tempat)

Photobucket


Perperiksaan,exam,imtihan...
semua maklum setiap intitusi pelajaran tidak kira dari taraf kanak-kanak hingga dewasa kesemuanya akan menghadapi peperiksaan peringkat pra,sekolah,kolej,universiti dan mana-mana intitusi pun untuk menilai  kelayakan seseorang itu keperingkat seterusnya. Dan semua juga maklum yang 'exam' itu akan kita duduki sewaktu pertengahan penggal atau akhir tahun seperti yang berada di semua intitusi sekarang,ketika silivers sudah habis dipelajari hanya menantikan jadual untuk menduduki exam...

Tetapi sebenarnya apa yang dikatakan dengan 'exam' atau peperiksaan itu berlainan dari apa tanggapan kita sebenarnya..

Bagi saya, yang disebut Peperiksaan dan imtihan itu atau 'exam' pada waktu kita belajar dari awal pembelajaran. Mengulang kaji pelajaran setiap hari, mentelaah kitab yakni sebelum kita menghadapi peperiksaan itu lah baru dipanggil peperiksaan.

Ketika menjawab kertas soalan yakni semasa kita berada dalam dewan peperiksaan itu dipanggil mandam (Isim makan) tempat penyesalan yang mana jikalau sebelum ini kita tidak melaksanakan tugas kita dengan betul sebagai penuntut ilmu, sudah pasti kita tidak mampu untuk menjawab soalan pada hari itu, spepertimana kita tahu itu semua adalah hal yang berkaitan kita pelajari. pada ketika itu baru lah kita sedar dan menyesal kenapa sebelum ini tidak bersungguh untuk mengulang kaji.ibarat kata bila kita berada didalam peperiksaan ini umpama kita berada di dalam kubur,tiada siapa pun yang dapat membantu melainkan amalan yang kita persiapkan sebelum kita menghadapi mati. begitu juga di dalam dewan peperiksaan,tiada siapa pun yang akan menolong kita melainkan persiapan mentelaah ilmu kita sebelum menghadapi peperiksaan.

Pada ketika keputusan, natijah atau result pula dipanggil iqob yakni balasan ataupun hukuman, jika baik perbuatannya baik juga la balasan dan sebaliknya.tiada siapa di dunia ini inginkan kegagalan tetapi nak mengecapinya cukup mudah.bahkan kejayaan itu cukup payah untuk dikecapi sebab itu para amilin ada mengatakan " kalau ilmu itu hanya dikecapi dengan hanya berangan - angan maka tiadalah orang jahil " jadi berushalah bersama - sama untuk mengecapi kejayaan walaupun untuk mendapatkannya terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tapi diakhirnya pasti ada nikmat dan kemanisannya..

Friday, 22 July 2011

Jangan cabar kami mahasiswa !!

Photobucket


( HIMPUNAN PENYERAHAN MEMORANDUM OLEH DESAK BERSAMA SISWA/WI)

- Sekitar 8.50 pagi mahasiswa/wi berhimpun dihadapan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (Mesir) diketuai pengerusi DESAK bagi menyerahkan memorandum bantahan

- Sekitar 9.30 pagi,Berulangkali Ketua pelajar BKWAM diminta pihak kedutaan menjemput wakil DESAK bertemu menteri didalam banggunan BKWAM

-Sekitar 10.15 Pengarah EM/JPMK turun menjemput wakil DESAK untuk bertemu Menteri bagi penyerahan memorandum didalam Wisma BKWAM. Mahasiswa mahu memorandum diserah dihadapan mahasiswa

- 10.45 pagi, Menteri masih didalam Banggunan Asrama,wakil DESAK bertemu Menteri dan kedutaan untuk perbincangan
- Sekitar 11.00 pagi,Menteri dan Duta keluar dari banggunan,memorandum CUBA diserahkan wakil DESAK, namu ditolak(tidak terima) Menteri dan Duta

Gambaran sedikit berkenaan hari penyerahan Memorendom tersebut
Penyerahan Memorandum Bantahan Kpd YB Mejar Dato' Seri Jamil Khir
Sekitar serahan memorandum dihadapan rumah Wilayah

Ulasan dari Pengerusi DESAK setelah penyerahan Memorandum gagal diterima baik ole YB Mejar Dato` Seri Jamil khir.

Saturday, 9 July 2011

Musuh musim panas

Photobucket
Lepak, santai tenangkan minda musim - musim panas tension exam..~

Thursday, 7 July 2011

kami pendokong

Photobucket

Program himpunan bersih berlangsung di masjid salam (sadnawi gamaah) zagazig city 2 july 2011, seusai solat asar berjemaah, himpunan menyokong bersih 2.0 ditanah air, dilaksanakan dibumi zagazig. Agenda, solat berjemaah,majlis penerangan Bersih 2.0,doa keamanan keadilan untuk rakyat malaysia,memotong kek bersih bersama yang hadir,sesi bergambar,tandangan kain rentang bersih 2.0,bersurai, seterusnya mengedar risalah bersih 2.0 bersama perserta ke rumah rakyat malaysia zagazig city