Monday 10 August 2009

Rukun Baiah : Agenda tarbiyyah islamiyyah

Photobucket


Oleh :Hj.Nasrudin Bin Hj Hassan At Tantawi


أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها :

الفهم و الإخلاص و العمل و الجهاد و التضحية و الطاعة و الثبات و التجرد و الأخوة و الثقة

MUQADDIMAH

Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini ( 2009 ) adalah tahun yang menggenapkan usia 61 thn. Kesyahidan beliau . Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.

Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

Saudaraku yang dihormati sekeliian :
Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu reality yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Surah Al Anfaal . Ayat : 60

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka .
Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق

Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah .
PENTINGNYA - ARKANUL BAIAH .
Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat-tentangan2 yang memaksa dan mendesak .
Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah .
Kejituan intima’ dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya.
Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ

عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya :
Bahawasanya orang - orang yang memberi baiah kepada mu , sesungguhnya mereka memberi baiah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barang siapa yang melanggar baiahnya nescaya (disebabkan pelanggaran itu ) akibatnya akan menimpa diri sendiri . Dan sesiapa yang menepati baiahnya kepada Allah , maka Allah akan memberikannya pahala yang besar. (S48:10)

Saudara ku yang dihormati sekelian .
Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir .
Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah .
Saudara ku yang dihormati sekelian .

10 RUKUN BAI’AH

Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .




Pertama : FAHAM الفهم

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين متفق عليه

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya
Ia diberi faham tentang agama .

تفقهوا قبل أن ُتسَودوا

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .
Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.





Kedua : IKHLAS الإخلاص

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al Ana’am . Ayat : 162 - 163






Ketiga : AMAL العمل

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Surah At Taubah . Ayat : 105





InsyaAllah klw diberi kesempatan kita smbung lg.......

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers