Sunday, 28 June 2009

Di Mana kan ku Cari Ganti

Photobucket


Dengar je tajuk ni sume tau lagu sape en...
sah-sah la lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramli..
tp aku minat cara pengubahan sikit lirik dn pembawakan dn tujuan lagu ni..yg di perdengarkan semula oleh ahli-ahli nasyid tanah air kita...
asal nye aku dngr kt imeem jek..by Liza Hanim..sape ntah beliau aku pun tak kenal.. tp bile try cari kat 4shared,jmp yg ni..
maybe pasni tuka minat plak ar kot..dr yg lame ..minat yg ni .he3~

kite dgr2 same2 la yer....





Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
Tiada berteman di dalam sepi

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku menambah derita
Rindukan dikau dlm ingatan

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kita berjumpa
Disaat gembira, selama-lamanya








Pada suatu hari Rasulullah SAW menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi ikhwan Rasulullah SAW ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.

No comments: