Thursday 31 December 2009

FACEBOOK = MUKABUKU

Photobucket


Masa menjadi semakin singkat,tak pernah lagi dengar masa semakin bertambah.kalau bertambah nescaya,umat manusia zaman dahulu kala tak mati-mati,hari berganti hari,pejam celik dah tinggal 16 hari lagi..sudah kah kita bersedia apabila bergelar sebagai Thalibul ilmi menjalankan tugas2 dia sebagai seorang pelajar,dah siap sedia kah dia untuk menghadapi rintangan dan halangan dalam perjungannya nanti.?

Dunia sekarang dah tak macam dulu,teringat akan tazkirah oleh seorang sahabat,"dalam dunia ni apa saje yg tuhan ciptakan pasti ade bnyk hikmah dn kegunaan nya,tp bila manusia yg mencipta pasti ada kelebihan dan kebrukan nya". Dalam era kemajuan yang ada sekarang ni,tentu sahabat2 bole fikir apa keburukan yang kita nampak.banyak atau sedikit..?


sumber : Surat Khabar Tempatan(Malaysia)tak kan Egypt plak..


COLUMBUS - pakar-pakar di Amerika Syarikat(AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web FACEBOOK didapati bertambah teruk dalam peperiksaan,lapor sebuah akhbar semalam.
Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna FACEBOOK yang kerap meluaskan bilangan kenalan,menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak.
"Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari FACEBOOK kurang mengulang kaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Chio,AS.
Menurutnya terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari FACEBOOK.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulangkaji dan masa yang diluangkan untuk melayari FACEBOOK. -AGENSI.

pokok pangkalnya sahabat2,daripada kita sendiri, jangan kita salah gunakan kemudahan yang ada,inilah hakikat duniawi..

“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.”~Ibnu Mas'ud..

Buat jiwa-jiwa yang berjuang..tetaplah melangkah demi menuju jalanNya...tetaplah menyusuri demi menggapai rahmatNya...tetaplah meredah demi meraih redhaNya...duhai jiwa, usah gentar untuk berjuang!! Ayuh kembara bersama!! moga terus thabat hingga sampai syurgaNya..salam imtihan..

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers