Wednesday 17 June 2009

Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Photobucket



DR Fathi Yakan




Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lainnya.

Ustaz Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Parti Islam S`Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ustaz Dr Fathi Yakan ke rahmatullah ini. Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau.



------------------------------------------------------------------------------------------

Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau...indeed he will be missed...sedih pulak rasa....beliau telah meninggalkan banyak jasa dan contribution kepada Islam...kita pula, kalau mati nanti bagaimana????

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers