Wednesday 16 November 2011

Ukhuwwah

Photobucket



CiRi2 sAhAbAt UkHuWaH FiLlAh(^-^)

1) Sahabat ukhwah fillah, kita senang bila dekat dengannya kerana Allah lebih mengetahui segala-galanya, yang tersurat dan tersirat. Justeru itu andai hati kita dan dia sudah sama-sama bertaut kerana Allah, pasti ketenangan ada di situ. Sesuai dengan janji Allah ;

Wajiblah cintaKu bagi orang-orang yang berkasih sayang keranaKu (Hadith Qudsi)

2) Sahabat ukhwah fillah akan sentiasa menegur kesilapan kita yang tidak sesuai dengan ketetapan syara’. Hal ini kerana masakan hati yang mencintai Allah dan bersahabat denganmu keranaNya semata sanggup untuk melihat dirimu terus lena dibuai godaan syaitan laknatullah.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan serta bagaikan jalinan jari-jemari (H.R Mutlafaqa’laih dari Abu Musa r.a)

3) Sahabat ukhwah fillah akan berusaha sedaya upaya untuk menutup keaibanmu. Ini penting, seaib mana pun perlakuanmu akan cuba ditutup agar maruahmu terpelihara kerana dia menyayangimu kerana Allah dan dia tahu baik burukmu itu adalah dari Allah.

4) Sahabat ukhwah fillah akan gembira dengan kejayaanmu dan bersedih dengan kegagalanmu. Sekarang ini tidak ramai yang senang melihat orang lain lebih berjaya daripada dirinya.  Jadi andai sahabatmu sentiasa di sisi dan menyokongmu tika saat jatuh dan bangunmu maka hargailah dia…

5) Sahabat ukhwah fillah akan selalu menghiburkanmu dengan janji-janji dan kalam-kalam Allah.  Tika dirimu jatuh, dia akan menghiburkanmu dengan janji-janji Allah… Tika dirimu terlalu gembira,dia akan mengingatkanmu tentang kebesaran-kebesaran Allah. Sahabat ini tidak akan cuba menghiburkan dirimu dengan sajian dunia yang fana semata-mata bahkan diajaknya dirimu untuk mengejar akhirat yang kekal abadi…

6) Yang paling penting sekali… sahabat ukhwah fillah akan sentiasa mendoakan dirimu!

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya Allah Taala akan berkata di hari kiamat : Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranKu? Pada hari ini, Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Iaitu hari di mana tiada lindungan lain kecuali lindunganKu.” (Sahih Muslim)

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers