Wednesday 22 June 2011

Hukum menyentuh Anjing


Photobucket

Terima kasih kepada saudari yang bertanya, sebenarnya bukan la selayaknya nak memberi jawapan  untuk merungkaikan persoalan tapi hanya sekadar nak menerbitkan kembali apa yang sudah dibincangkan oleh para2 ulama yang terdahulu..

soalan :
salam.ana nak tanya, dalam mazhab Shafi'ie, apa hukum sentuh anjing? kalau polis guna anjing utk menyiasat kes,jadi setiap hari diorg kena sama' atau ape...ape sbnrnya hukum menyentuh anjing? haram ke? @ selepas tersentuh tu, kena sama'..klu sentuh dgn sengaja mcmana pula?

Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

"Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing (seperti meminum air didalamnya) maka sucikanlah dengan membasuhnya tujuh kali basuhan pertama hendaklah dengan air tanah (air yang dicampurkan dengan tanah)." (muslim(279)).
menurut riwayat Al-Daruqatni 1/65  salah satu daripada air itu ialah dengan air tanah.

Najis Mughallazah (berat) Anjing dan babi.
Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat ialah kerana tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah. Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.

Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.

Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sebab bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.

Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)

ALLAHU TAALA A`LAM...

11 comments:

..naem musa.. said...

salam..nk tny..ad ke kitab2 y membahaskan tentang anjing y digunakan oleh polis ni? fatwa muasir mungkin?
syukran..

aimer hermes said...

w salam..wallahu A`lam ..ana x pasti samada ada ke x kitab yg khusus yg membentangkan tntang anjing..tp berkenaan dgn aning belaan atau jagaan polis tu..ade diterangkn dlm syarah matan hadis (HR. Bukhari) yg ana bagi kt atas.. maksudnya dibolehkn atau harus hukumnya memelihara anjing utk menjaga harta..tp diletakkn di luar rumah..jgn di dlm rumah..

.::: mr IQ :::. said...

samak... atau sertu? cuba cek balik..
sebab apa yg saya belajar, sertu itu adalah utk anjing dan khinzir..
manakala samak adalah utk kulit-kulit binatang...

Anonymous said...

assalamualaikum,,bagaimana pula jika kita membela anjing untuk menjaga ladang,,dan setiap hari pula kita ke sana,,dan terpaksa memegangnya,,adakah setiap hari dan setiap masa perlu sama'??

aimer hermes said...

salam..akhi,terima kasih kerana menegur..
pd sy,ya..istilah samak dn sertu itu lain..
sertu ialah menyucikan dgn sebenar-benar suci daripada najis Mughallazah..dan samak pula adalah menyucikan kulit binatang..akan tetapi penggunaan perkataan samak lebih difahami dn dimaklumi..kadang2 bila mnggunakan perkataan sertu,ramai yg tidak tahu..sebab tu sy lebih senang mnggunakan istilah samak,kerana mudah difahami..
pd pendapat ulama di indonesia pon..sertu dan samak itu adlah sama..apa yg penting adlah cara melaksanakan antara menyucikan ketika terkena najis dan meyamak kulit binatang... Allah ta`ala A`lam.. syukran

aimer hermes said...

w salam.. sy petik blk ayat diatas..
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)..hal yg tersebut ada sebab disitu utk menjaga maka dibolehkan..
utk apa dipegang?? ia adlah bintang utk menjaga shja bukan binatang perliharaan.. jadi tak perlu pegang..ckp skadar beri mkn dn jaga ia sbgai pnjaga ladang..
melainkan klw memang terpaksa..
apa hukumnya? perlu samak ke?..
sy petik blk ayat diatas :
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak...
Allah ta`ala A`lam.. syukran

inspirasi arjuna said...

sy ingin bertanya, sy ada bela kucing, then kucing tue sakit, vet bg makanan khusus untuk penyakit kucing sy. sy baca label kt balakng pack makann tue, kandungan makann tersebut ada serum dari babi..makanan tue basah mcm tuna, sy dah pegang, so mcm mana?adakah kna samak jgk..sbb tue bkn air liur, peluh babi..tp serum..

Anonymous said...

aslmkm, saya nak tahu, boleh ke kalau saya nak bela anjing atas perlindungan diri.. sya seorg perempuan yg tinggal seorang diri dan x rasa selamat bila tidur malam.. boleh ke saya nak bela anjing sebagai penjaga/peliharaan?

sarangevil said...

aslmkm, sya seorg pempuan yg tinggal sendirian.. umur sya 30 dan tidak b'calon utk berkahwin.. setiap hari sya balik kerja dan berasa tidak selamat apabila tido mlm.. boleh ke sya nak bela anjing utk keselamatan dan teman utk diri sya?

aimer hermes said...

to Inspirasi arjuna

serum itu bermaksuk porsin .. btul? sy kira lebih senang begini...
apa sahaja yg dtg dr binatang yg haram itu hatta peluh pun.dikira haram..

Imam Izzuddin Ibn Salam dalam Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam berkata: ”Berubat dengan benda-benda najis itu harus hukumnya jika tidak terdapat benda yang suci untuk menggantikan benda najis itu, kerana maslahat kesembuhan dan selamat daripada penyakit adalah lebih utama berbanding menghindari daripada najis.

tetapi.itu pada kita sebagai manusia.. klw pada haiwan lain ia takde msalah.. bia die nk main dgn babi pon.. xde msalah bg die..sbb die sama2 binatang.. jd msalahnya pd kita yg mmberi mkan.. seeloknya gunakan bekas atau pengaut yg khusus utk memberi mkan kucing itu..klw perlu utk pegang pkai la sarung tgn...

aimer hermes said...

to sarangevil (letak la name elok skit hehe)


dlm keadaan keadaan situasi kita dimlysia skang yg semakin hari semakin meningkat kes jenayah ..dibolehkn dgn kiasan mnjaga harta.dn tidak menganggap ia sbgai bintang ternakan atau peliharaan . tp harus diletakkan di lua rumah bkn didalam rumah..sbb nanti malaikat x masuk klw letak di dlm rumah.. tp jika berkemampuan lbih baik upah pengawal dr mletakkan anjing dihalaman rumah..kerana kos utk pmkanan dn hrga utk seekor anjing utk tiap bln hampir lbih kurang sama shj dgn upah pngawal..maaf jwpn terlalu ringkas.. sbb skang dh jarang online..
Allah ta`ala A`lam..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers