Tuesday, 5 May 2009

Perancangan

Photobucket

wahhaii..tak tau nk kabo ke mendek dgn deme`..
td aku gi dapur..tgh wat mendek mendek toh kt dapur td.
tibe2 ternyanyi st lagu....lagu ape .? haa.!! yg tu kite tak tau...
patu aku try gi tgk kt pc..cr2 jmp..lagu ni sesuai gak la kt org yg nk amik exam ni..
ade kene mngene gek la..lbh kurng le...he3~

buat sahabat2 salam perjuangan...
selamat berjuang...!!








RANCANG BERKERJA...

Rancang dengan apa yag ada di tangan
Bukan yang kita angan-angan kan
kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati
Agar tertib, rapi, dan teliti
Matlamat dan cara nya selari
Masa pun harus diambil kira

Puncak mana yang mana mahu didaki
Lurah mana yang mana mahu dituruni
Semuanya telah pun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya

Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
Berjuanglah dalam satu barisan.
Umapama batu teratur menjulang ke awan
Itulah tunggak dalam merancang.....




Semoga Kita Lebih Bersamangat ...

" kejayaan adalah milik org yg berusaha "


"tak susah nak jd susah" , "tak senang nak jd senang"
Selagi usaha itu berterusan Allah akan mengadili
Selagi kesungguhan itu berpanjangan Kejayaan pasti mengiringi
Selagi keikhlasan tetap dihati Penilaian akan dianugerahi"

Monday, 4 May 2009

Suatu Malam di Padang Gaza

Photobucket



dalam fatrah imtihan, dalam kesibukan menghadapi imtihan..
dalam gementar dn gemuruhnya untuk smpai keimtihan..
dalam pd itu saudara seislam kita dalam keadaan imtihan...
dalam keadaan dizalimi berterus terusan..
dalam pd kita menunaikn ibadah berdoa utuk selamat ats imtihan kita..
apalah salahnya agar kita berdoa utk kesejahteraan ats mereka...
moga2 dgn doa kita beban mereka akn berkurang....










GAZA itu memanggilmu ....

tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat


tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahawa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerana kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!


Teman,
Mungkin sekali kita leka..
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahului 'Ya Allah'.. Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..
Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..
Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita lupa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..
Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar bila Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

Sunday, 3 May 2009

SALAM IMTIHAN

Photobucket


ape kes.? macam mana stdy budak-budak..? dh ready dh ke blom..atau pon masih de lagi yang lepak.duk lerax tak puas-puas..tinggal sehari lagi nak imtihang malam tu baru terhegeh hegeh nak bace..oO buat macam bagus pulak ek budak..esok nak exam,malam ni baru nak ngapal..otak klw macheal tyson tak pe gek..ni harak sutuiuh ar..tak yah ar nak kabo mendek..tp hok ni aku nok royat beri nk kongsi..kalo nok ambik..ambik..mu tok sei sudoh..baso nate bedoi.!!.





MOtivasi kecemerlangan..

1.KAEDAH JADUAL.
biar kite kene ade jadual supaya dia jadi perancang masa kpd kite,bole kawal aktiviti harian kite hok yg base2..pastu meminimum kn perkara2 yg tak penting dn memaximumkn perkara yg penting2..contohnye mcm tdo tu kurng2 la..
curi2 skt time tdo ke..sedap mmng sedap tdo.tp pndai2 demo la nk wat guane..

2.KAEDAH STUDY..
* ~ study smart ~ persediaan dr awal..stat sbulan awal dr imtihang.stdy awal n last minit penting dua2 tu..
* ~ study maut ~ bila exam btol dh dekat..stdy gila2 ar..amik ms lbh skt. contohnye mcm. 15 jam sehari ke..maut tu beb
* ~ study group ~ yg ni sngt2 digalakkn. sbb kite bole berkongsi idea ataupon maklumat ataupon pendapat. ataupon bnyk gelak..

3.KAEDAH MENGELAK LUPA..

setiap hari kebiasaan nye..ni worang kata la.bkn saya kata..worang kata..80% memori kita akan hilang.. jd / so...bermakne.?? klw kite tak imbas kembali..ar tak ulang kaji blk..ilang arr..

- Faham .. paham ke tak paham pasal faham ni..? camni. bile sesuatu ilmu tu dismpaikn fahamkn, supaya lbh mudah utuk diulang kaji semula. klw tak paham. payah ar nk rujuk blk yg lepas2, ape yg korang ngaji.. ye dok.?

- Elakkan tidur, tido atau tidoq lepas asar ataupon subuh..

- Buat peta minda, dr ape yg korng blaja. supaya sng nk rujuk.

- Meninggalkan maksiat

- Mengutamakan yg mudah atau yg penting dahulu.. misal die cmni.. contoh:- klw korng rase histology lg mudah dr anatomy. perabih buku histology tu bg habih, bg cair benar la die. lps tu mu br sentuh hok anatomy pulak.. bereh deh..

- Flashback atau bhs mudah dio imbas kembali. dgn cr, mu gi ngajo ke org ke.. mu rakam hok mu ckp, mu dgr blk. buat la guane pong..

- Menjaga pemakanan

- Membuat nota ringkas. tak kisah la korng nk buat sndri ke atau nk amik orng lain punye, jnji ade..

- Study di persekitaran yg baik.. baekk punyeee...

- Melatih menulis, ape yg korng dh hafal lps tu korng tulis blk ape yg korng hafal td, bg mnguat kn lg pe yg korang dh hapal..

- study group...


Photobucket


wahhaii..
jd sini nk pesan gek la..korng stdy rajin mn pon.doa jgn lupe la..
doa tuk kedua ibu tu pnting..stiap kali abih solat,first doa kite tu,doa ibu bapa dulu patu br mintok mendek lain hok mu nk mintok,doa ke la kengkawan skali,bnyok gek membantu.wat solat tahjud bnyok solat hajat..buat molek deh...

" usaha tanpa doa sombong, doa tanpa usha bohong "


SALAM IMTIHAN ..BITAUFIQ WANNAJAH..

Thursday, 2 April 2009

Kelebihan Berzikir

Photobucket










Kelebihan Zikir Kepada Allah

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.



Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:


“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:


“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:


“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:


“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:


“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:


“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:


“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:


“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:


“Belum.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:


“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:


“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:


“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:


“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers