Wednesday, 4 May 2011

Di Balik Cermin Mimpi


Di balik cermin mimpi adalah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh M.Nasir, Seni katanya juga di tulis sendiri oleh beliau. Sangat memberi makna jika diperhatikan betul-betul pada liriknya, banyak maksud yang tersembunyi. Sebenarnya saya dapat lihat pengaruh puisi puisi sufi dalam lagu -lagu M.nasir ni dah lama, dari zaman dia bersama kumpulan kembara lagi. Cuma sejak menyanyi solo nampak jelas sangat unsur unsur puisi sufi dalam lirik lagunya. 

Tafsirlah bait bait lagu ini sendiri mengikut pandangan masing masing. Indah dan mendalam maksudnya yang tersurat. Kekadang kita terlupa siapa diri kita sebenarnya. 


Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Firman Allah : "jgn kamu (manusia) mencari aku nescaya kamu tdk akn ketemui aku, tetapi kenalilah aku didlm diri kamu.maka akan ketemuilah hakikat diri aku.."



No comments: