Saturday, 21 July 2012

Apa hukum percaya dengan hukum KARMA ?

Photobucket 




what goes around comes around..

apa itu hukum karma..?
maklumat lanjut klik Buddhism

Saya mula terfikir,apakah benar ada karma dalam hidup ini,pendapat anda? baru-baru ini saya terjumpa ketika sedang mentelaah kitab milal wa nihal kuliah usulluddin menyentuh berkenaan KARMA iaitu di dalam bab agama Hindu. Karma ini adalah satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat, dan prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan).

Disebabkan asal-usul orang Melayu pun beragama Hinbu-Buddha,jadi hukum Karma menjadi perkara asas untuk semua orang tahu. Buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.Persoalannya,apakah wujud hukum karma dalam Islam?

Dongeng Melayu juga ada menukilkan satu kisah berkenaan dengan hukum karma iaitu kisah si Tanggang. Tanggang yang lupa daratan telah berlaku buruk pada ibunya dan di akhir cerita,dia bertukar menjadi batu. Buat buruk dibalas buruk,itulah karma.

Di dalam surah Kahfi diceritakan bahawa Nabi Khaidir membina semula sebuah rumah kepunyaan anak yang hampir roboh.Apabila ditanya oleh Nabi Musa kenapa,Nabi Khaidir menjawab(selepas Nabi Musa malanggar janji untuk tidak bertanya kenapa) bahawa rumah ini kepunyaan anak yatim yang mana di bawahnya ada harta mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang salih. Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa jika kita berbuat baik, insya Allah,kita atau anak kita atau anak kepada anak kita akan menerima kebaikan daripada perbuatan kita dan ini menepati hukum Karma.

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

" Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya "

Jadi berdasarkan hujah-hujah ini,apakah hukum karma itu memang benar dan wujud di dalam Islam?

Kita kaji balik kisah Nabi Yusuf yang diceritakan dalam Surah Yusuf. Semasa kecilnya(Nabi Yusuf),dia ditinggalkan oleh saudara-saudara dalam telaga berseorangan. Kemudian dia dikutip oleh pembesar Mesir dan dia dituduh menggoda Zulaikha, lalu dipenjara.Akhirnya dia dibebaskan dan dia dijadikan bendahara negara dan ketika dia memerintah negara,dia berbuat baik pada abang-abangnya. Perhatikan,adakah cerita ini menepati hukum karma? Tidak kerana abang-abangnya yang berbuat jahat padanya dibalas dengan kebaikan olehnya.Satu bukti menolak hukum karma.

Kisah pembukaan Kota Makkah,Nabi bersabda kepada penduduk Makkah yang maksudnya sesiapa yang berada di dalam rumah,dia akan selamat,siapa yang berada di dalam masjid nabawi juga akan selamat dan sesiapa yang berada dalam rumah Abu Sufian juga akan selamat. Imbau kembali perjuangan Rasulullah di awal-awal dahulu bagaimana Nabi dicaci,dihina dan dikutuk oleh orang Makkah dan kini,orang yang pernah berlaku jahat padanya dibalas dengan keampunan,sejenis kebaikan. Bukti kedua menolak hukum karma.

Bandingkan kedua-dua jenis hujah yang diberikan,anda analisa kedua-duanya dan apakah pilihan anda,apakah benar wujud hukum karma di dalam Islam?

Kesimpulan

Di dalam Islam,hukum Karma(seperti agama Hindu) tidak pernah wujud.Memang benar di dalam surah Al-Zalzalah dinyatakan berbuat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas dengan kejahatan tapi ini bukanlah hukum Karma seperti yang dipercayai oleh penganut agama Hindu. Hal ini kerana Hukum Karma di dalam agama Hindu terhad di dunia semata-mata,mereka tidak percaya kehidupan selepas mati,apa yang mereka percaya jika manusia sudah cukup membuat baik, dia akan bergabung dengan tuhan dan bila dia pula akan menentukan nasib manusia yang lain.

Tapi apa yang ada di dalam Islam,kita berbuat baik di dunia, kita akan mendapat syurga di akhirat kelak. Buat jahat,dapat neraka. dan Islam itu sungguh besar rahmatnya,jika hambanya itu benar-benar bertaubat dengan taubat nasuha maka dosa-dosanya akan di ampunkan oleh Allah..

Nabi Musa menyoal Allah,kenapa apabila seorang lakukan kesalahan,satu kampung akan menerima akibatnya. Lalu Allah menidurkan Nabi Musa di bawah satu pokok dan seekor semut telah pun menggigit Nabi Musa sehingga dia terhaga dari tidurnya dek sakit digigit semut. Oleh kerana marah dengan semut, dia memukul semua semut-semut yang ada di sekitar itu dan dia pun mengerti kenapa Allah hancurkan satu kaum walaupun seorang sahaja yang lakukan maksiat. Maksudnya,hukum sebab dan akibat ini bukan berlaku kepada pelaku sahaja tapi kepada semua orang.Sekali lagi kita dapat menolak bahawa Karma hanya berlaku terhadap individu.

Islam mengiktiraf konsep sebab dan akibat atau anda mungkin lebih suka memanggilnya karma dan Islam juga mengiktiraf satu lagi konsep yang diberi nama Ujian.Berdasarkan konsep ujian inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi jika dia berjaya lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep Ujian inilah,hukum Karma seperti Agama Hindu mampu ditolak bulat-bulat oleh orang Islam.

Saranan Rasulullah,apabila manusia buat baik kepada kita,balaslah ia dengan kebaikan. Begitu juga jika mereka berlaku jahat kepada kita,balaslah dengan kebaikan kerana apa yang Islam tekankan,bukan balasan di dunia tapi balasan di akhirat kelak.

Jom kita contohi baginda dalam mengajar kita erti Karma(baca:Sebab dan Akibat). Semasa hayat baginda,ada seorang makcik yang seringkali meludah dan mencaci baginda tapi pada satu hari,makcik itu ditakdirkan jatuh sakit. Lalu baginda pun pergi melawat dan menyiapkan ubat untuk makcik itu makan dan akhirnya,makcik itu memeluk Islam. Lihatlah,walaupun orang berlaku buruk pada baginda tapi baginda tetap berlaku baik padanya. Semuanya kerana satu sebab iaitu kerana baginda mengejar balasan akhirat bukan balasan dunia.

Sekali lagi,marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers