Saturday, 2 July 2011

BERS✔H 2.0

Photobucket
 Apa itu BERS✔H 2.0 ?


Tuntutan perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. semua warganegara Malayisa termasuk ahli politik yang berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan tersebut.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dikalangan masyarakat Malaysia yang sangat penting sebagai pendukung aspirasi masyarakat tidak boleh dinafikan. Badan-badan tersebut membentuk masyarakat madani Malaysia serta membantu menyalurkan suara rakyat. sekiranya ada pihak yang meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, maka mereka juga menindas suara rakyat.

BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak- pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 menampakkan daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.


Tuntutan segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1.Bersihkan senarai undi
  • senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.
  • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 
2.Mereformasikan undi pos.
  • Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang Individu itu tidak dapat berada dikawasan pengundi semasa hari mengundi.
  • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
  • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3.Gunakan dakwat kekal
  • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4.Masa kempen minima 21 hari.
  • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masam kempen 10 hari sahaja.
  • Pada 1995, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5.Akses media yag bebas dan adil.
  • RTM dan bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
  • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
  • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberi hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6.Kukuhkan intitusi awam
  • Intitusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Intitusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badab Kehakiman harus memelihara kebebasan dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7.Hentikan rasuah
  • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dehentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8.Hentikan politik kotor
  • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers