Thursday, 18 February 2010

Rumahku Syurgaku

Photobucket

"Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu. Pemuda yang banyak masa lapang(tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu" – Pepatah Arab
Apa nak buat cuti ni? Sudahkah anda mengemas rumah anda? Bilik anda Barang – barang anda? Ketahuilah sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.Kebersihan adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan di tuntut oleh islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.
Firman Allah bermaksud:
"…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orag yang membersih dirinya."(surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
"Kebersihan adalah separuh daripada iman".(Riwayat Muslim).
Berdasarkan keterangan diatas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubung dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.
Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu cantik(indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik(indah) dan bersih."(Riwayat Al Bazzar).
Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk.Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di perkarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.
Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih, comot, busuk dan tidak teratur,ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak atau berdisiplin.
Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir(pakaiannya) dan ahklaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, Tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.
Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian , sehingga baginda dilihat menjadi seorang yang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah bekata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan datang(menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal(alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk." (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).
Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenangi hari dan menyedapkan mata memandang.
Pakaian dan badan boleh berbau busuk samada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan sesuai, disamping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.
Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan…"(Surah al Mudassir, ayat 1-4).
Disamping berpakaian cantik dan bersih, baginda saw menganjurkan mengenakan bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-bauan.
Annas Bin Malik berkata:
"Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw." (Riwayat Muslim).
Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak memenuhi hak tubuh badannya,. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak bersolat lima waktu. Disamping menjadi sesuatu yang dituntu oleh islam, kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.
Menjaga kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah sarap atau sawang-sawang samada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air, tingkap, pintu , langsir atau siling.
 Bilik tidur adalah bilik utama. Ia ruang peribadi diri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah sarap tidak sapu, maka melambangkan peribadi yang tidak bersih.
 Bilik air merupakan ruang peribadi kedua selepas bilik tidur. Sudah tentu kebersihan bilik air sangat penting untuk keselesaan kita menggunakannya. Juga tempat yang digunakan untuk mengambil wudhu`. Kebersihannya perlulah diutamakan.
 Ruang dapur bukan sahaja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengudang bahaya kepada ahli rumah. Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah dapur bahagian atau ruang dapur.
 Ruang makan/ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang. Ruang makan pula adalah ruang kita menjamu selera. Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Ruang pelajar apatah lagi. Ruang untuk menimba ilmu seharusnya bersih dan kemas bagi memudahkan kita menerima ilmu.
Bagi rumah orang Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah orang yahudi dibiarkan kotor.
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"…bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang yahudi." (Riwayat At Tarmizi).
Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang yahudi kotor dengan sampah sarap dan najis binatang dihadapan tangga dan di perkarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah, Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan merata-rata sehingga mengganggu orang lain.
Jalan masuk ke rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat. Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"memikul orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang gangguan, seperti duri najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat." (Riwayat Khuzaimah).
Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat. Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
"Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya."(Riwayat Ar Tabrani).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
"Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya."
Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:
"Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah.Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan".(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Khatib Al Baghdadi meriwayatkan;
"Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada masuk syurga melainkan orang yang bersih".
Sesungguhnya soal kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan kita pada akhirat, samada dalam syurga atau neraka. Jika menurut Khatib Al Baghdadi bahawa orang yang hanya masuk dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan, maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.
Begitulah gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam.
Jadi, seharusnya masa yang ada ini kita gunakan sebaiknya untuk membersihkan rumah. Disamping menambah keselesaan diri, kita mampu untuk menunjukkan imej sebagai seorang muslim yang baik. Teringat seorang sahabat pernah ditegur oleh saudaranya yang datang ziarah.
"kau ni sibuk2 pg usrah la, qiam dekat luar la, tapi bilik bersepah. Kalau nak amalkan Islam, amalkan secara menyeluruh la, jgn la amik separuh2."
Kata-kata yang pedas untuk diterima tapi itulah hakikatnya. Walaupun saudaranya itu tidaklah mengikut usrah atau mendengar ceramah mingguan daripada ustaz seperti kita, dia juga tahu bahawa kebersihan itu adalah perkara asas dalam agama. Kita sebagai orang yang membawa imej islam, bercakap tentang islam, menulis tentang islam haruslah lebih-lebih lagi peka pada isu kebersihan ini kerana asasnya di sini. Jadikan Rasulullah saw contoh terbaik dalam membentuk peribadi diri. Baginda juga sibuk dengan dakwahnya, banyak solat malamnya, sedikit pakaiannya tapi yang terbaik dalam pemakain dan pergaulannya. Jangan sampai kita menjadi fitnah kepada agama mulia ini dan menjauhkan orang laindaripada hidayahnya. Semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan untuk membersihkan seluruh rumah.
Checklist kebersihan rumah
  •            Pindahkan barang masuk ke dalam locker
  •      Simpan kotak dan beg distor (bawah katil)
  •      Kemas dapur
  •      Sapu dan mop lantai
  •      Cuci tandas dan mangkuk tandas 
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers