Thursday 31 December 2009

FACEBOOK = MUKABUKU

Photobucket


Masa menjadi semakin singkat,tak pernah lagi dengar masa semakin bertambah.kalau bertambah nescaya,umat manusia zaman dahulu kala tak mati-mati,hari berganti hari,pejam celik dah tinggal 16 hari lagi..sudah kah kita bersedia apabila bergelar sebagai Thalibul ilmi menjalankan tugas2 dia sebagai seorang pelajar,dah siap sedia kah dia untuk menghadapi rintangan dan halangan dalam perjungannya nanti.?

Dunia sekarang dah tak macam dulu,teringat akan tazkirah oleh seorang sahabat,"dalam dunia ni apa saje yg tuhan ciptakan pasti ade bnyk hikmah dn kegunaan nya,tp bila manusia yg mencipta pasti ada kelebihan dan kebrukan nya". Dalam era kemajuan yang ada sekarang ni,tentu sahabat2 bole fikir apa keburukan yang kita nampak.banyak atau sedikit..?


sumber : Surat Khabar Tempatan(Malaysia)tak kan Egypt plak..


COLUMBUS - pakar-pakar di Amerika Syarikat(AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web FACEBOOK didapati bertambah teruk dalam peperiksaan,lapor sebuah akhbar semalam.
Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna FACEBOOK yang kerap meluaskan bilangan kenalan,menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak.
"Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari FACEBOOK kurang mengulang kaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Chio,AS.
Menurutnya terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari FACEBOOK.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulangkaji dan masa yang diluangkan untuk melayari FACEBOOK. -AGENSI.

pokok pangkalnya sahabat2,daripada kita sendiri, jangan kita salah gunakan kemudahan yang ada,inilah hakikat duniawi..

“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.”~Ibnu Mas'ud..

Buat jiwa-jiwa yang berjuang..tetaplah melangkah demi menuju jalanNya...tetaplah menyusuri demi menggapai rahmatNya...tetaplah meredah demi meraih redhaNya...duhai jiwa, usah gentar untuk berjuang!! Ayuh kembara bersama!! moga terus thabat hingga sampai syurgaNya..salam imtihan..

Sunday 27 December 2009

Apa yg aku vote sebenarnya..??

Photobucket




ABADI 2010

ramai dah org duk vote kulit buku abadi, arini aku nk post pasal kempen aku pulak..nk pilih yg mana jd pilihan..

from admin :Anda dibnarkn utk brkmpen bg memastikan kulit ABADI DPMZ pilhan anda menang.....

mula-mula bertengkaq gek ngn ust hanip die nk yg biru laut..aku nk ijau..he3~
saje je pilih ijau..sbb tak nk same ngn die..padahal dlm hati..mmng nk biru laut pun..ha3~
tp time tu biru laut still kalah lg..ktggln bnyk jgk la..msti sedey hanip kene tggl kan??..
hii...xtakpe2 hero kalah dulu..hu3 skarang ni tggl brapa hari je lg pemilihan nk dttup..jd nye kputusan yg br kuar arini..aku tgk lbh berpihak kpd biru laut..yess..apsal aku ckp yes..sbnrnye..aku pon pilih biru laut..kikikiki
saje awal2 promote ijau..he3~...jdnye ade lg, hari2 yg berbaki ni..nk ajak ler sahabat2 same2 mngundi biru laut..kot2 la ade org mlysia yg terbaca post ni..bole je nk ngundi kn utk kami skali..post laju maknenye tuh..hahaii...undi la yer..jgn x undi..undi di blog laman rasmi dpmz www.dpmz.blogspot.com slamat mngundi


VOTE yg ni yerr....

Saturday 26 December 2009

HARI ASYURA

Photobucket



Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

- Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

- Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

- Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

- Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

- Allah menjadikan Siti Hawa.

- Allah menjadikan Syurga.

- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

- Taubat Nabi Adam diterima Allah.

- Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

- Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

- Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

- Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

- Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

- Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.


Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

- Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.

- Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

- Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.

- Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.

- Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.

- Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.

- Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.

- Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.

- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.

- Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.

- Sunat menginai dan mengerat kuku.

- Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.

- Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.

- Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.

- Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )


sama2 lah kita berpuasa pd esok hari..insyaAllah akan dibalas dgn balasan yg setimpalnya..
ikhlaskan niat..wassalam...

Friday 25 December 2009

BERORGANISASI DALAM ISLAM.

Photobucket




Assalamualaikum w.b.t.

Diam tak diam cuma tinggal lagi 3 minggu sahaja kita nak memasuki fatrah imtihan, cuak pula rasanya. tp hari nie terlintas nak tulis pasal satu topik yang aku rasa bagus utk setiap umat islam mengetahuinya dalam melakukan gerakan kerja islam sama ada pada diri aku sendiri atau persekitaran . Tajuknya adalah KEPENTINGAN BERORGANISASI DALAM TUNTUTAN ISLAM.

Jika merujuk organisasi dapat ditakrifkan dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang dan dari segi syara' ialah satu kumpulan yang bergerak berdakwah.jika dirujuk surah as-saff ayat 4 iaitu

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Ini sudah membuktikan bahawa islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara dan cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.

Sesetengah orang berfikiran jika ukhuwwah yang kuat lebih senang mengerakkan sesuatu kerja berbanding berorganisasi dan ingatlah itu adalah kata-kata yang kadang kala memakan diri umat islam sendiri apabila nilai organisasi dipertikaikan dan diketepikan, surah as-saff merupakan satu bukti yang kukuh dimana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah dalam melakukan sesuatu kerja demi kebaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan surah al fatihah ayat 6 "tunjukilah kami jalan yang lurus". Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu dibawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi. Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini. Adakah objektif, misi dan visi yang diwawarkan dapat diperjelaskan . Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:

Kenapa ISLAM menuntut berorganisasi?
1.kerana kita tidak boleh membuat kerja seorang diri.jika berfikiran logik mampukah anda bergerak seorang diri dalam melakukan kerja-kerja islam.
2.untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan itu maka banyaklah pendapat yang kita dapat jika dalam satu syura.
3.supaya organisasi menjadi lebih tersusun dan sedikit sebanyak menarik minat masyarakat luar dalam memperjuangkan organisasi islam. pesanan ingatlah amar makruf nahi mungkar bukan kerja mudah, jadi bersatu itu penting dalam mencapai objektif yang dicari "Sabda Rasulullah :

" BARANG SIAPA YANG MATI DALAM KEADAAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA JEMAAH KAUM MUSLIMIN,MAKA BERERTI IA MATI SEBAGAI MATI JAHILIYYAH'' dan

Sabda Rasulullah lagi :

'' HENDAKLAH KAMU BERADA DALAM JAMAAH KERANA SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU RAHMAT,SEDANG PRPECAHAN ITU ADALAH AZAB".

CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM?
1.mempunyai matlamat yang jelas.
2.sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan cegah mungkar
3.perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4.bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5.kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata-kata IMAM SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6.tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batas haruslah dijaga jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.

Kenapa organisasi islam kini semakin hari semakin mundur :
1.adanya sikap " tak pew lah ko kan ada, aku sapa la nak buat kerja-kerja macam tu". sikap macam nie lah menyebabkan kenapa organisasi islam dipandang remeh.
2.kurangnya generasi muda @ pelapis untuk memperjuangakan gerakan islam
3.menyerahkan tanggungjawap kepada orang lain dan anggap dakwah islammiyah hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja.
4.kehidupan masyarakat yang semakin melalaikan.
5.takut untuk pikul tanggungjawap. INGATLAH ALLAH CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENTADBIR MUKA BUMI KEARAH KEBENARAN. MERUJUK suruh al-baqarah ayat 30 "
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

p/s : aku berharap dengan post pada kali ini memberi satu semangat baru dalam diri aku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Sesungguhnya sebelum aku menyertai satu program nie aku sangat takut dalam memikul tanggungjawap untuk mengerakan diri kejalan ALLAH. dan pernah sekali sewaktu perjalanan program aku terkelu dan hampir hendak menitiskan air mata apabila rakan-rakan ingin melantik aku menjadi ketua bagi aku menolak dengan alasan aku tak mampu nak pikul tanggungjawap sebagi ketua. Entah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan macam tu dan sewaktu diajukan soalan oleh seorang hamba ALLAH nie aku rasa seolah-olah lidah aku diikat untuk berkata-kata walupaun sebelum ini aku serorang yang petah bercakap.Waktu itu hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan gemuruh yang aku alami sampai soalan yang aku boleh jawap insyaALLAH TAPI tidak dapat dijawap. Mungkin itu satu pertunjuk bahawa kadang kala aku sendiri tersungkur dengan perasaan aku sendiri dan sikap aku sendiri yang tak berani nak pikul tanggungjawap. Alhamdullilah sewaktu program berlangsung ada seorang abang senior nie telah memberikan satu semangat kepada aku apabila aku menanyakan kepada beliau " Ust bagaiman nak hilangkan sikap sukar untuk pikul tanggungjawap terutama tanggungjawap dalam tanggungjawap bidang dakwah". jawapan yang ringkas dengan maksud yang mendalam adalah " cuba enta fikir satu ja kalu enta tak buat sapa lagi nak wat". Alhamdullilah dengan kata-kata itu sedikit sebanyak mengubah kotak pikiran aku bahawa jangan takut untuk pikul tnggungjawap dan buat yang terbaik jika tidak berkemampuan mohonlah pertologan ALLAH supaya dipermudahkan dan itulah salah satu kepentingan berkerja dalam organisasi Islam iaitu membantu saudaranya tatkala saudaranya hadapi masalah. insyaALLAH aku akan cuba buat perubahan pada diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba memikul tanggungjawap semampu yang boleh amin,Wassalam..

Friday 18 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Photobucket





Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun.. a refresher as usual :)

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday 7 December 2009

Raye kOrbAN..

Photobucket

Alhamdulillah Hari Raya Eidul Adha pada tahun ni,Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) dan seluruh ahli bekerjasama untuk menumbangkan unta sebanyak 2 ekor.seramai 14 orang IKhwah dan Akhwat telah mengambil bahagian korban.















Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers